Monday, August 8, 2011

Ramadhan 1432

Assalamualaikum

Rasenya belum terlewat lagi untuk aku nak ucapakan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat seantero dunia biarpun hari ni dah masuk 7 Ramadhan. Semoga bulan yang penuh barakah ni, dapatlah kita sama-sama mengambil peluang yang ada untuk memperbanyakkan amalan-amalan kita yang mungkin pada bulan lain jarang-jarang, kadang-kadang, sekali-sekali kita lakukan. Semoga dipermudahkan urusan kita. Insyaallah.




Bulan puasa ni bukan setakat kita menahan lapar dan dahaga, bahkan yang paling penting, yang paling kita sendiri sering terlupa ialah menjaga semua pancaindera dan anggota tubuh badan kita dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa apatah lagi mengurangkan pahala puasa. Cewaaaaah, dah macam ustazah bagi tazkirah. Tak pe, kita sesama muslim mesti saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Tak gitu?

Di kesempatan ini, (serius macam nak tulis kad raya je), aku nak ucapkan selamat berbuka puasa, selamat menunaikan solat terawih, selamat bersahur dan paling utama sekali selamat mencari malam lailatul qadar iaitu 10 malam terakhir..XD

FCW : Currently, i watch this vlog by AmanWan (Aaron Aziz versi tembam).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...