Assalamualaikum
Semalam, otw nak balik rumah, aku dan mama berbincang la satu perkara. Mungkin kawan2 aku di luar sana sedang hangat mendiskusikannya. Tu pun, mama yang start dulu. Beginilah alkisahnya.
Mama : Mama risau la kak long tu. Nanti dapat orang kolompo, gane la. Kalo orang teganung kan senang sikit. Dekat. Orang sini pun jurus je. Cari orang teganung la cik.
Aku : Senyap membisu. Telinga dibuka sebesar yang mungkin sambil tengok kat luar kete.
Mama : Doh, kacik ni ade dok lagi kasih?
Aku : Owoh, muke hitam gini, sape la hok nok nyer ma. Nilai kan panas.
Mama : Doh kacik tu senyum gop sikit. Masam je.
Aku : Bagus r kalu masam. Orang dop kaca.
Mama : Same-same kos ngan kacik, ade dop orang teganung?
aku : Ade. Sorang je. Orang besut.
Mama : Bagus la. Ajok dia mari dumoh. Nama bende?
Aku : ######. Yer naik bas kelatan.
jurus = baik
kasih = kekasih
kaca = kacau
Opss, dialog kite hanya sampai disini sahaja yang dapat ditayangkan setelah proses penapisan. Sori yerr.
Biar betol mama ni. Macam beria-ria je nak menantu. Angah baru je kawen. Aku pun tak abis lagi belajar. Tengah tahun 2012 baru abis belajar. Bagi la kak long dulu kawen. Kalo aku cerita dekat aboh, mesti dia cakap, belajor la dulu. Pahtu, keje. Dop pun, ambik master, terus sambung phd. Mama aku pun rase sama juga jawapan dia. Tapi, tetibe mama nak tanya, aku pun jawab la. Kak long pun, mesti tanya soalan sama dengan soalan mama.
Bagi aku la kan, tak salah kalau kite nak bercinta, kenal hati budi dulu, taw dia macam mane, tapi dalam mase yang sama jangan diabaikan tanggungjawab kite sebagai anak, pelajar dan pekerja bagi mereka yang berkerja la.
Orang cakap cari la yang sama taraf dengan kite. Berkedudukan, cantik rupa parasnya, bijak, beragama and so on yang semuanya baik2 la. Oke, setiap manusia ini pasti nak yang terbaik dalam hidup mereka tak kira la pekerjaan dan termasuk la soal jodoh. Tapi jika kita ditakdirkan dengan si dia, kita tidak mampu menolak takdir. Terimalah dia dengan hati yang terbuka. Sama-sama menerima kekurangan dan kelebihan masing2.
Lepas tu plak, biarlah masjid yang dibina kekal buat selama-lamanya. Jangan jadi macam segelintir daripada masyarakat kita yang sibuk mencanang-canang perceraian mereka. Seolah-olah bangga dengan tindakan mereka sedangkan perceraian itu adalah perkara dibenci oleh ALLAH S.W.T. Mungkin peranan media, status mereka yang dikenali dan seumpama dengannya yang membesar-besarkan perkara ini sedangkan pada hakikatnya mereka bukan mahukan sebegitu.
Abah pernah tunjuk dekat aku kad kahwin angah yang berisi doa buat pengantin. Semua kad jemputan kahwin, mesti ade la doa-doa sebegini. Mendoakan kebahagiaan kedua mempelai. Ape yang menariknya, abah cakap kalau nak pilih doa pengantin, biarlah diselitkan perkataan perkahwinan mereka ini kekal sehingga akhir hayat. Sebabnya, sesetengah doa pengantin, tidak diselitkan perkataan ini. Hanya kesejahteraan sahaja. Sekurang-kurangnya kita berusaha dengan berdoa. Insyaallah doa kita bakal dimakbulkan. AMIN...
FCW : Saya nampak macam awak tadi...=S