Friday, June 17, 2011

Lab work thesis

Assalamualaikum

Hari ni ialah hari pertama kami, aku dan jannah rahman buat lab work thesis. Seperti yang sedia maklum, kami ni under supervision Dr Salina Mat Radzi. Awal-awal dah keluar rumah. Awal dari biasa. Dr sampai dulu dari kami. Kami jalan kaki je. Dr naik kereta. LOL

Mula-mula Dr ajar dan tunjukkan macam mana nak buat dan lepas tu, buat sendiri. Kalau tak faham, kami terus je call or mesej Dr. Dr Salina ni baik dan sporting. Bila dah lama tak masuk lab, memang kekok rasenya. Nak buat calculation pun ingat-ingat lupa. Dan hari ni just nak test je buat sample. Syukur, yang aku menjadi. So, Dr kata you keep going on others ..v(^_^)v

Experiment jannah memang ambil masa lama. Ade yang 4 jam, ade sampai 13 jam kena letak reaction mixture dalam horizontal waterbath shaker. Yang aku pula paling cepat 5 minit dan paling lama 4 jam. So, kami kena arrange solution mana yang kena buat dulu bagi menjimatkan masa biar cepat habis. Paling penting boleh balik rumah secepat yang mungkin. Nak raya dekat rumah.

Kaki pun dah start nak melecet sampai aku sanggup beli kasut baru yang selesa untuk sementara waktu. Kasut lama macam mana boleh kecut pun aku tak tahu. Tujuannya untuk masuk lab je. Nak kasut mahal, cantik, lain hari mahu fikir. Tapi best juga buat thesis ni, rasa macam pro sangat sebab selama ni lab assistant yang bantu. Ni dah besar panjang semua kena handle sendiri.




Pape pun, aku harap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Tapi manusia hanya boleh merancang, ALLAH yang menentukan segalanya.

FCW : Isnin depan sambung lab work

Wednesday, June 8, 2011

Dah dapat

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kerja aku di sini sudah selesai. Boleh balik nilai dengan hati yang senang dan gembira. Semua housemates aku dah balik. Tinggal aku sorang sahaja yang belum balik. Diaorang kata aku ni berahsia sangat. Ok, aku minta maaf semuanya. Aku akan explain ape sebenarnya kerja yang aku buat di sini sampai nak berahsia sangat dengan korang.

Sebenarnya, dalam masa cuti semester ni, aku dalam preparation untuk test jpj. Dan hari ni untuk kali yang keberapa, tak boleh cakap, LOL!!! aku dah lulus dengan jayanya. Dah naik muak cikgu and tester jpj tengok muka aku kat sekolah. Muka ni je. Yup, memang aku lambat dari korang tapi aku tanamkan dalam hati ini yang aku akan dapat juga biarpun lambat. Kalau makcik-makcik kat luar sana boleh bawak, kenape kamu student tak boleh???Nona pun dah dapat tiga minggu lepas.

Kenapa lambat sangat buat? Kenapa tak buat lepas spm je?Bukan tak nak buat, tapi lepas spm, kena pi plkn. Baru je rehat, masuk tamhidi. Sebab lain mungkin takut itu masih ada.

Ape yang aku dapat sepanjang proses ni, aku baru tahu apa itu erti kegagalan. Mungkin selama ini, aku selalu dapat apa yang aku nak. Minta itu dapat. Minta ini dapat. Dulu, aku takut sangat bila tengok muka jpj. Dah la garang, tak senyum langsung, serius plak tu. Lama-lama, aku dah jadi lali, biasa tengok muka diorang. Cikgu kata, diorang saja ja buat muka macam tu tapi hati baik. Janji kamu buat betul-betul, ikut arahan dan terbaik. Insyaallah, kamu akan dapat juga. Masa yang menentukan segalanya. Cepat atau lambat je.




Aku tidak mengharapkan apa-apa reward dari sesiapa. Yang aku nak sangat aku dapat lesen P. Dan aku tak sangka sangat, abah nak hantar aku balik nilai naik flight jumaat ni. Emi pun ikut sekali, nak tengok USIM macam mane. Dan aku boleh start lab work thesis with my partner, jannah tanpa gundah-gelana.

Terima kasih abah, mama, cikgu, jpj dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak. Jasa anda amat sangat dihargai.

FCW : Esok buat lesen P..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...