Monday, May 28, 2012

Tercipta satu kehidupan

Assalamualaikum

Sabtu hari tu (26/5/2012), warga syarikat berkonvoi dari kemaman ke kuala terengganu semata-mata nak jumpa pengantin baru kita, kak ita and her husband. By the way, SELAMAT PENGANTIN BARU  to both of you. Semoga berkekalan sehingga anak cucu dan akhir hayat. Aku pula tunggu dekat rumah kak ita je untuk menumpang mereka. Memang banyak kenduri hari tu lagi-lagi cuti sekolah pun dua minggu. Makan free je. perut aku la paling suka sekali. Makan daging banyak-banyak boleh pening-pening, sakit-sakit badan. Eh, dah tua ekau rupenya yer.

Perjalanan yang best sebab aku ni suka berjalan-jalan. orang ajak pergi mana-mana, on je, ikut je. Tapi AWAS, biarlah berpada-pada dan jangan ikut sangat nafsu tu. Akal dapat berfikir baik buruk. Ok, tak nak panjangkan cerita yang dah mula nak merapu-rapu ni. Kita layan je la the gorgeous pics taken by Sofian. Credit to him. And also to all of you for this beautiful friendship. Thanks a lot.












FCW : Hablumminallah wa hablumminannas 

Sunday, April 15, 2012

That moment

Assalamualaikum


Secara jujur, ikhlas dari hati, sangat rindu waktu belajar. Rindu sama kawan-kawan, lecturer, juniors, seniors. Rindu suasana dalam kelas. 2 jam kelas rasa lama. Setengah jam pertama, mata masih segar. Setengah jam seterusnya, mata kejap tutup,kejap buka. Rasanya dah cukup 8 jam tidur ni. Sejam kedua dah tak dengar ape lecturer cakap kat depan. Kita sibuk cakap belakang. Buka story non-stop. Sedar-sedar dah habis masa. Most of us memang macam ni. Toksah dok nipu den la.




Berinternship ni memang lain dari belajar. Banyak sangat bezanya. Kalau belajar, satu hari kelas 4 - 6 jam  je. Ade tu 1- 2 jam. Ade lagi, takde terus, tu yang aku suka sangat. Rehat sepuasnya biarpun assignment berlambak tengah tunggu turn. Tapi masa internship, masuk keje pukul 8.30 pagi. Balik plak pukul 6. Sibuk-sibuk buat kerja, dah rehat. Tup-tup dah balik. 

Satu lagi, masa belajar, mostly jumpe yang sebaya umur. Mood pun study, masuk persatuan, kelab, sukan. Generally, semuanya sama dari segi pengalaman, kerja dan aktiviti. Tapi masa internship ni, ada pelbagai peringkat umur. Satu pengalaman yang baru sebab dari mereka banyak benda baru yang dipelajari berkaitan dengan organisasi. Cara kerja, pengurusan masa, disiplin. Bagaimana kita bekerja dibawah satu bumbung. One department support another department. So, masing-masing tak boleh nak pentingkan diri sendiri.

Sepanjang tempoh intenship ni, aku harap dapat kutip ilmu-ilmu baru yang mungkin tak pernah terfikir pun akan dapat. Bukan sahaja ilmu dunia bahkan ilmu akhirat. Semoga dipermudahkan urusanku. Amin.

FCW : Belajar dan terus belajar.

Monday, February 27, 2012

Rumah sewa baru

Assalamualaikum

Mungkin ramai yang yang dah tahu aku dapat rumah sewa sebelum ni. Kalau tak tahu lagi, baca entri ni. Tapi disebabkan aku ni tiada kenaikan, bukan kenaikan gaji tapi maksudnya tiada kenderaan, maka aku pun mencari rumah sewa yang lain. Kan abah nak sangat aku tinggal sekali dengan staff company sekaligus berkawan rapat dengan diorang, jadi sebelum lapor diri semua staff tahu aku tengah mencari rumah sewa. Alhamdullilah, hari pertama intern dapat dan hari kedua baru masuk rumah sewa baru.

Rumah baru ni lagi dekat. Kalau nak jalan kaki boleh sangat tapi hari-hari aku tumpang kak ita atau pun kak fairuz. Kak ita roomate baru aku. Jadi, aku akan balik kalau kak ita balik sebab dia pun asal KT. Boleh la tumpang sekali. Semua housemate baik-baik dan ramah. Diorang kerja area chukai, kemaman. Sewa pun lagi murah dari yang rumah lama sekali dengan air, api, astro.

Tapi, makanan kat sini memang mahal sebabnya area paka, kemaman dan kerteh area industri. Ramai orang luar. Kalau nasi goreng kampung tu rm5 la. Sepanjang tempoh berpraktikal ni, boleh la nak jimat duit sebab staff selalu belanja. Terima kasih kakak-kakak, abang-abang. Tengah hari tadi, suami sv merangkap operation manager belanja. Murah rezeki korang nanti.

FCW : Esok masuk site

Thursday, February 23, 2012

Minggu pertama latihan industri

Assalamualaikum

Alhamdulillah, berkesempatan akhirnya untuk menulis di blog ini biarpun dah nak masuk hari keempat berpraktikal. Sempat update status fb je. So far, semuanya berjalan lancar. Hari pertama masuk, muka still blur. Tengok semua orang pakai uniform je. Aku pakai baju kurung. Hari pertama kan muka innocent je, tak tahu ape-ape. Jalan takut-takut je. Kalau dekat kampus, bukan main kau farah.


Hari pertama, staff HR, Kak Ika bawa pergi ke setiap department. Kenalkan diri. Buat selamba je yang pasti senyum la. Ada tujuh department, HR admin, marketing and procurement, contract administration, laboratory services, engineering services, operation, account and finance and HSE.


First and second day, aku di HR admin. Keje senang je. Buat filing, scan, print, kira-kira nombor. Diorang nak bagi yang task level tinggi, aku pulak yang bingung kan. At least, boleh belajar benda baru. Macam ni rupanya kerja HR. 


Staff kat sini semua baik. Lunch hari kedua dekat Tanjung Simpul dengan staff marketing. Nampak la KSB, pelabuhan kemaman, kapal besar orang pakai baju coverall. Soalan yang paling banyak diorang tanya "Umur berape?". Bila jawab je nak masuk 23, diorang macam tak percaya. Mungkin aku kecik, macam budak sekolah, pakai spek yang bertahun tak berganti. No komen la.


Hari ketiga dan keempat, ditransferredkan ke marketing and procurement department. Memang di luar bidang la. Masa study ambik subjek entrepreneurship je. Boleh belajar cara nak buat purchase order, delivery order. Minggu depan baru masuk lab. Nanti buat water analysis water and mercury. 


Hari ni hari terakhir untuk minggu ni. Esok cuti. Boleh balik..;D


FCW : Everything is fine here

Sunday, February 19, 2012

Perasaan sebelum berpraktikal

Assalamualaikum

Esok dah start praktikal. Kadang-kadang nervous tu pun ade, tapi bila fikir macam tu je tak jadi kerja la jawabnya. Bila tidur hilang sekejap. Bangun je terus fikir. It's normal for any student for internship experience. Kalau dekat kampus jumpe yang lebih kurang sebaya. Kalau yang pangkat abang dan kakak tu mungkin jarang sekali bagi aku. Tapi lain orang lain la kan.

Kawan-kawan pun ada yang bagi wish goodluck, all the best. Bagi student USIM untuk semester ini, ada yang dah start intern depends on the company la. Kalau ada company yang minta lapor diri awal, maka awal la internnya but, majority esok.

Untuk kawan-kawan seperjuangan, ni cucunda nak bagi nasihat la sikit. In list la senang sikit nak take note.

  1. Buat baik dengan staff-staff company tapi jangan la sampai kaki ampu ye.
  2. Jangan malu untuk bertanya kalau tak tahu sebab kita masih dalam proses pembelajaran.
  3. Tak payah rasa tertekan bila kena marah dengan SV sebab dia nak yang terbaik dari kita.
  4. Jaga nama baik universiti sebab kat situ la orang nilai kita sebenarnya.

Pendek je tapi harap dapat membantu la korang semua. Good luck for your internship..Chaiyok3X


Views dari Kemaman Inn, betul-betul depan pembinaan jambatan bukit kuang





Saturday, February 18, 2012

Packing barang sebelum LI

Assalamualaikum

Malas rasanya nak kemas barang untuk berpraktikal macam nak masuk asrama balik. Beli tu beli ni beli bagai-bagai. Eh, lupe nak bagitahu aku baru je dapat bilik sewa hari isnin baru ni. Yang ni konfirm betul la sebab tok ngoh and che ngoh pergi tengok sendiri tempat tu. Bila diorang puas hati, maka itu mesti yang terbaik.

Kat mana tu? Kampung Bukit Kuang. Kalau dari KT tu nampak je petronas telok kalong terus je belok kanan. Lepas tu, belok kanan ke kiri ke gostang ke gohet ke, hamba tak tahu la. Rumah corner lot. Ada 3 bilik. Aku kongsi bilik dengan Kak Linda. Akak ni kerja dekat Kemaman Supply Base (KSB). 

Bertolak pagi sabtu, 18/2/2012. 1 kereta je. Abang hasan as driver, abah as co-speaker not co-driver, aku, nurul dan husna. Mama, apih dan emi tak ikut. Say bye-bye je. Cuti-cuti nanti balik lagi.


Mamee monster, la la la la..

FCW : Harap dapat tidur lena

Wednesday, February 8, 2012

Fening

Assalamualaikum

Bagaimana dengan cuti semester anda semua? Bagus atau tidak? Harap positif la jawapannya. Aku pula, biasa-biasa sahaja. Pagi pergi jogging dekat taman awam batu buruk dengan abah. Takde la jogging sangat. Jalan macam semut ambik udara laut yang segar lagi bugar. Lepas tu, makan kat gerai, lepas tu teman abah pergi mana-mana atau terus balik rumah. Stairway to heaven pun tak sempat nak tengok.

Kurang 2 minggu lagi nak praktikal. Tapi aku rileks je macam tauke kedai berlagak kaya, duit massyuk je. Mesti kawan-kawan aku duk sibuk buat revision takpun tengah praktis kete manual ke. hahahaha.. Aku risau amat ni sebab sampai saat ini aku still lagi tak dapat rumah sewa. Clean ur face.

Kalau boleh nak yang dekat-dekat je. Area bukit kuang je. Aku dah jumpe yang aku minat tapi abah nak aku duduk sekali dengan pekerja syarikat and dalam masa yang sama boleh tumpang sekali pergi keje. Aku rasa umah takde masalah. Yang masalah sekarang transport la.

Pergi tengok baru ni, fulamak kalah KL beb. Aku terfikir macam mane aku nak melintas jalan kalau aku dapat umah yang paling dekat sekali tu. Mungkin boleh minta superman terbangkan. Punyalah sibuk disebabkan pembinaan jambatan bukit kuang yang dah nak ala-ala kieeeel gitu.

Tapi abah kata " Insyaallah, kak cik dapatnye umah sewa tu". Tunggu dan lihat je la.

FCW : Salam Maulidur Rasul

Tuesday, January 10, 2012

Welcome 2012, Goodbye 2011

Assalamualaikum

Selamat tahun baru 2012. Lambat la ko wish. Dah masuk 1/3 januari daa. Ok, takpe, no a big deal, at lis dapat wish before terlambat kan. Banyak sangat kenangan 2011 yang tak dapat aku lupakan. Pahit, manis, masam, masin semua tu aku lalui dengan penuh semangat dan tabah biarpun kadang-kadang tersungkur di tengah jalan. Amboi, ayat. Rasenya masa spm dulu takde la berbunga puitis macam ni.

Tahun ni genaplah umur aku 23 tahun. Dah matang nampaknya. Harap matang la. Tak keanak-anakkan, tak kebudak-budakkan lagi. Tahun ni juga, insyaallah, aku akan menamatkan pengajian sarjana muda sains dengan kepujian (teknologi kimia industri) selama 4 tahun. Doakan kejayaanku. And this is my last semester for studying before having internship at UDPS SDN BHD, kemamam, teganu kite for one semester begins on 20/2/2012 until 23/6/2012.

Tahun ni juga, first time tak balik teganu masa CNY sebab nak siapkan semua kerja before tamatkan semester ni. Ye la, biasanya cuti cny means cuti mid sem. But, kali ni perubahan tarikh semester telah ditetapkan bagi seluruh ipta di malaysia, the new semester will begin on september and  march. Nak jumpe members sekolah dulu.

"masa kecik-kecik dulu, abah selalu cakap, kalau angin kuat macam ni, makneya tahun baru cina dah nak dekat. naga nak turun dari langi. TAK PASTI betul atau tidak, mungkin hanya kepercayaan kaum cina sahaja. YANG PASTI, bila rasa angin, aku teringatkan abah"

Semester akhir bagi tahun 2011 di sini amatlah sibuk bagi aku sebab dalam tempoh tersebut nak siapkan tesis, preparation untuk viva voce, assignments, personal and group presentations, labwork thesis, do correction for thesis, pening sebab fikirkan nak intership mane, etc.

Sekarang ni pun aku tengah final exam, 2 more papers to go ( industrial chemistry, 16/1 and food processing tech., 19/1 ) include industrial chemistry test in this friday. After final exam, my friends and i still have to submit report and present about problem based learning (PBL) for industrial chem. and also do some thesis correction for publishing.

Alhamdulillah, berkat kesabaran diri ini, sokongan yang tak putus-putus dari famili dan sahabat-sahabat, pertolongan dari DIA, buatkan aku berjaya tempuh sebahagian itu dengan jayanya. The rest harap dipermudahkan olehnya. AMIN.




FCW : Skit lagi nak balik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...