Assalamualaikum
Malas rasanya nak kemas barang untuk berpraktikal macam nak masuk asrama balik. Beli tu beli ni beli bagai-bagai. Eh, lupe nak bagitahu aku baru je dapat bilik sewa hari isnin baru ni. Yang ni konfirm betul la sebab tok ngoh and che ngoh pergi tengok sendiri tempat tu. Bila diorang puas hati, maka itu mesti yang terbaik.
Kat mana tu? Kampung Bukit Kuang. Kalau dari KT tu nampak je petronas telok kalong terus je belok kanan. Lepas tu, belok kanan ke kiri ke gostang ke gohet ke, hamba tak tahu la. Rumah corner lot. Ada 3 bilik. Aku kongsi bilik dengan Kak Linda. Akak ni kerja dekat Kemaman Supply Base (KSB).
Bertolak pagi sabtu, 18/2/2012. 1 kereta je. Abang hasan as driver, abah as co-speaker not co-driver, aku, nurul dan husna. Mama, apih dan emi tak ikut. Say bye-bye je. Cuti-cuti nanti balik lagi.

No comments:
Post a Comment