Wednesday, June 8, 2011

Dah dapat

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kerja aku di sini sudah selesai. Boleh balik nilai dengan hati yang senang dan gembira. Semua housemates aku dah balik. Tinggal aku sorang sahaja yang belum balik. Diaorang kata aku ni berahsia sangat. Ok, aku minta maaf semuanya. Aku akan explain ape sebenarnya kerja yang aku buat di sini sampai nak berahsia sangat dengan korang.

Sebenarnya, dalam masa cuti semester ni, aku dalam preparation untuk test jpj. Dan hari ni untuk kali yang keberapa, tak boleh cakap, LOL!!! aku dah lulus dengan jayanya. Dah naik muak cikgu and tester jpj tengok muka aku kat sekolah. Muka ni je. Yup, memang aku lambat dari korang tapi aku tanamkan dalam hati ini yang aku akan dapat juga biarpun lambat. Kalau makcik-makcik kat luar sana boleh bawak, kenape kamu student tak boleh???Nona pun dah dapat tiga minggu lepas.

Kenapa lambat sangat buat? Kenapa tak buat lepas spm je?Bukan tak nak buat, tapi lepas spm, kena pi plkn. Baru je rehat, masuk tamhidi. Sebab lain mungkin takut itu masih ada.

Ape yang aku dapat sepanjang proses ni, aku baru tahu apa itu erti kegagalan. Mungkin selama ini, aku selalu dapat apa yang aku nak. Minta itu dapat. Minta ini dapat. Dulu, aku takut sangat bila tengok muka jpj. Dah la garang, tak senyum langsung, serius plak tu. Lama-lama, aku dah jadi lali, biasa tengok muka diorang. Cikgu kata, diorang saja ja buat muka macam tu tapi hati baik. Janji kamu buat betul-betul, ikut arahan dan terbaik. Insyaallah, kamu akan dapat juga. Masa yang menentukan segalanya. Cepat atau lambat je.




Aku tidak mengharapkan apa-apa reward dari sesiapa. Yang aku nak sangat aku dapat lesen P. Dan aku tak sangka sangat, abah nak hantar aku balik nilai naik flight jumaat ni. Emi pun ikut sekali, nak tengok USIM macam mane. Dan aku boleh start lab work thesis with my partner, jannah tanpa gundah-gelana.

Terima kasih abah, mama, cikgu, jpj dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak. Jasa anda amat sangat dihargai.

FCW : Esok buat lesen P..;)

2 comments:

Jαnnαhツ do not dwell on the past (hazan) and never worry about the future (hamm) - just concentrate on the present moment and be happy! said...

tahniah....

inniakhofullah said...

tahniah...

aku pon samer.aku bersusah payah di nilai ni semata2 untuk test jpj.alhamdulillah, aku dah lulus sejak 2 /3 minggu lepas.penatku berbaloi sambil dpt duit gaji jugak tu =)

gagal atau lulus itu bukan destinasi. yang penting ialah hikmah di sebalik setiap kegagalan atau kejayaan itu.Every single thing happens for a reason.

=)

-rindu nak balik kg-
-inniakhofullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...