Tuesday, December 28, 2010

Rayyan fantasi

Assalamualaikum

Satu tajuk yang menarik minat aku untuk membelinya. Tapi yang paling penting novelisnya RAM. Ape tu? Meh sini aku briefing sikit la pasal dia.


NAMA : RAYYAN FANTASI
NAMA TIMANGAN : Apa yang terfikir... itu ada!
AYAH / IBU KANDUNG : RAMLEE AWANG MURSHID
TARIKH LAHIR : CETAKAN PERTAMA, 2011
TEMPAT LAHIR: ALAF 21, GRUP BUKU KARANGKRAF
MASA LAHIR : RM19.90 (belum ditolak less 10%)
BILANGAN ADIK-BERADIK: PALING BONGSU DARI 17 ORANG


PENGULAS YANG BERTUAH :

Sangat berpuas hati dengan cara penulisan dan pengayaannya. Tahniah kepada RAW kerana membuatkan saya untuk terus menerus membacanya sehingga bahagian penamat. Saspens, seram dan misteri, pergolakan, kasih sayang. Sesuai dengan tagline buku ini Apa yang terfikir...itu ada! kerana pada awalnya saya menjangkakan pasti yang terfikir itu akan berlaku. Ya, memang benar ia berlaku. Tapi bukan semua yang terfikir itu ada kerana dia adalah RAM. Benda yang tak terlintas di fikiran bakal menentukan segalanya. Konklusinya, kalau diberi lima bintang, saya bagi penuh.

Sedikit sinopsis dari novel ini aku selitkan. So, korang boleh la survey2 dulu yer.

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru, dia memiliki sebuah keluarga bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Apa yang berlaku seterusya?


Oke, aku tak nak cerita panjang sangat. Nanti tak best la. Better korang baca dan selami apa yang cuba disampaikan oleh RAW.

p/s: Membaca jambatan ilmu. Selamat membaca,,,=p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...