Sunday, October 10, 2010

ICEPS 6

ICEPS datang lagi..Sukanya coz macam2 ade. Kali ni siap ade drift lagi. Booth untuk gurls bershopping lagi la bnyak. Shawl, jubah, blouse, aksesori, pc fair, beg, kasut, medan selera. Gurls pun dah jadi rambang mata bila dah tengok semua ni. Kalau boleh, semua benda yang ada depan mata diorang nak beli la include me...HAHAHA...T____T.

Aim aku datang sini memang nak beli tudung. Beli dua shawl yang kaler full and dua inner scarf kaler kuning and ungu. Diorang pun borong shawl jugak tapi cotton scarf..cantik and nice..look now, these are two of the results..


 STRIKING tak inner scarf kuning tu???


 shawl inspiration

Name pun WANITA..chop3x..Belum lagi kot..Remaja or sesuai la belia (skema terus)..Girls la senang kan........memang suka cantik. Moral of the story, bersyukurlah kamu dengan dilahirkan sebagai seorang perempuan.

OK, tatatititutu,,,
=p

Friday, October 8, 2010

Hampir selesai minggu ni

Sikit lagi nak siap semua kerja minggu ni. Honours seminar tunggu nak binding je..Kejap ye kak, nanti saya datang lepas kelas Dr. Hafiz, k???? Test thermodynamic, research methodology, presentation HS dah settle. Thermo siap dr bagi hints lagi. Apa yang penting, KERJASAMA. Alhamdullilah, yg RM, dapat jawab. TERIMA KASIH kepada diri sendiri kerana habis baca buku RM.

Presentation HS, so far, ok la. Tapi kalau suruh buat sekali lagi, memang nak buat coz tak puas hati dengan persembahan yang kurang menarik. Tapi janganlah resultnya sama or kureng dari yang lepas. Untuk group aku, aku bagi credit to qayyum. Memang best coz dapat tarik audience to listening. Dah la orang first present. Lagi orang nak dengar. Bab cakap depan audience, aku ok je act.( cewah!!!!puji diri sendiri konooooon )  Tapi maybe la tak pandai nak ambik hati peminat-peminat kat depan. So, diorang pun malas la nak dengar k.

Last week punya HS, ak suka dengar jannah sebri cakap. Time shima suka gak, time tu pulak ak pi tandas. So, dengar separuh je la. Jannah fluent english tapi bab kata nurin, ade gak slang ganu. Aku dengar ok je. Untuk pengetahuan korang la, dalam kelas aku, aku memang suka dengar qayyum, jannah sebri, hashimah, athirah and zahirah jamil cakap BI. Yang lain ok gak tapi diorang ni memang top 5 la..Give them clap k..

Rayer FST

Date: 06/10/2010
Venue: Perkarangan FST
Time: 12 at noon sampai la makanan dah habis
Photographer: Miss Athirah Amran
Models: Chemists-to-be

Credits to ALL especially Miss ATHIRAH AMRAN,=P


















Wednesday, September 29, 2010

Birthday Wishes


HAPPY BIRTHDAY TO DZILAL AMIR


HAPPY BIRTHDAY TO QURRATUL AIN ASMAWI

Hari ni saja, 29/2/2010, 3 kawan ak punya birthday. First, aku wish kat Dzilal. Rumate sebelah bilik je. Dekat, cepat dan pantas. Sanggup layan fb sekejap semata-mata x nak bagi mengantuk coz nak wish.

Second person, my best frenz, Qureq. Tu pun baru teringat pg td. Ape punya best frens daaa.... Col dia pun suara macam x larat nak cakp. Rupe-rupenya, x boleh ckp kuat sgt, tengah practical. SORI K, ganggu jap.

the third one is NUR HIDAYAH AHMAD IDRIS. Wish dekat FB je.  xpe kan..hehehehe

so, to my birthday girls,
i hope u all berada dalam lingkunganNYA,
panjang umur,
murah rezeki,
jd anak-anak solehah, 
taat kepada ibu bapa,
jd pelajar cemerlang,
masyarakat gemilang,
ummah cemerlang,,,

Saturday, September 18, 2010

Hand Eczema

Korang pernah dengar hand eczema???

HAND tu biasa la. Dalam bahasa melayunye tangan. Eczema tu bunyi macam enzyme je..Eczema atau dermatitis mengikut kamus Oxford la,means a skin condition in which the skin becomes red, swollen and sore. Bila ditranslatekan ke BM maksudnya keadaan kulit dimana kulit menjadi merah, bengkak dan sakit la. Tapi tak sama dengan kacang lupakan kulit. Yang tu orang yang tak mengenag jasa orang yang berbudi kepadanya. 








Tanda-tanda nak detect penyakit ni, senang je.

Cube korang tengok tapak tangan korang. Ade tak gelembung-gelembung air yang bila-bila mase je boleh meletup macam gunung berapi yang tengah aktif. Bila dah pecah, cepat-cepat la korang lap tempat tersebut, takut nanti merebak dan mengalir ke tempat lain.

Satu lagi petandanya ialah bila korang nak menstraightkan tapak tangan korang, rase sakit..Jari pun macam merengkok je..Kulit kering dan kasat.

Pastu, kalau dekat jari ade garis-garis tegang gitu and keras skit compare bahagian lain. Tangan rase gatal-gatal dan merah-merah..
 
Nak cegah senang je, janji korang ikut pantang larang ni. Ni nasihat dari doctor, bukan main hentam je.

  • Jangan makan seafood.
Masalahnya, boleh dikatakan semua masakan mesti ada la campuran seafood.. Cube tanya mak-mak dekat dapur, UDANG KERING letak tak dalam masakan especially yang bergravy..Sedap la seafood tapi nak buat camne, nak baik ke tak? Tengok je la orang lain makan..Air liur dah meleleh tak payah cakap la..Sebaldi pun tak cukup.

  • jangan kutih (buang kulit)
Memang syok la kalau dah boleh kutih ni..Kalau boleh selagi tak nampak isi daging, selagi tu la nak buat..Tak boleh jadi ni coz mase tu kulit dah nak sembuh, bertukar ganti lapisan sampailah spot tersebut baik sepenuhnya.. Baru la kulit licin dan cantik.

  • jangan garu bila kena ketik (gigit) nyamuk
Yang ni lebih kurang macam no 2. Cube cakap sape yang takkan garu kalo kena gigit nyamuk. Benda ni kan tindakan refleks..Lebih parah lagi kalau kuku panjang, memang cari nahas. Kuku yang baru potong tak payah asah dah. Garu je dekat bahagian kena gigit. Panjang la kuku korang. Orang sekarang suke sangat simpan kuku panjang.. Nak cantik sebab kuku panjang ke or nak kuku pendek sebab tak garu kat situ?

  • jangan guna sabun pencuci
TAK BASUH PINGGAN KE??? Bukan macam tu la dik, nak guna boleh tapi kena pakai sarung tangan getah la macam dalam cerita korea dan jepun. Rasenya mereka dah sedia maklum dah..So, senang cerita la, nak membasuh apa-ape pun dalam erti kata membasuh, gunalah sarung tangan..Nak mandi satu lagi, even sabun yang berjenama seperti dettol, lifebouy, antibax, protex pun tak boleh guna kecuali johnson & johnson.

  • pastikan persekitaran tidak terlalu kering atau lembap
Yang ni pula depends atas keadaan la. Kalau macam aku bermastautin di nilai, panas dari terengganu..So, pandai-pandai la korang buat protection. Bukan ape, nanti kalau nak sarung cincin, tak cantik la tangan even cincin berjuta-juta dollar. hampeh je..Tak pun, korang lekatkan tangan korang dengan termometer. Boleh check setiap masa, suhu jatuh or naik.

Macam tu la serba sikit aku boleh cerita pasal hand eszema..Tapi we must always think positive yang setiap penyakit sentiasa ade penawarnya kecuali MATI..

Thursday, September 16, 2010

Kami Beraye

Biasanya member aku datang rayer ketiga. Tahun ni ntah macam mane raye keempat. Thanks for coming. Diorang konvoi dari satu rumah ke satu rumah and pick up member2..Rumah aku yang keberape ntah. Lepas tu, aku and the geng p rumah yana. Disitulah semua berkumpul. BEST BANGAT..


jemput makan



kenyang doh ke???
lame tak kumpul

tiga sekawan

semua nak masuk

mood beraye

kat rumah yana

special for KYRANTO

Lebaran 2010

RAYER DATANG LAGI. Beraya sakan aku kali ni even orang lain duk sibuk cerita sibuk pasal kes pembunuhan Sosilawati tapi rayer tetap rayer. Pergi rumah sini, cerita benda yang same. Sape yang mula dulu tu tak payah cakap la. Kekadang tetamu yang start buka topik, tak pun tuan rumah, or terang-terang paper ade kat situ. Memang laku penjual surat khabar. Pepagi dah sapu licin. Pape pun, aku disini ingin menghadiahkan AL-FATIHAH kepada ALLAHYARHAM. Semoga roh beliau berada di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. AMIN.

Dari raya kedua sampai la raya keempat, orang tak putus-putus datang. Raya first, semua dah sedia maklum yg family aku akn tutup kedai dan beraya di rumah sedara-mara. Tahun ni raye jatuh hari Jumaat. Pagi tu sempatlah, 5 buah rumah singgah, sambung lps jumaat 4 buah rumah. Name pun raye kan, banyak la bende nk cerita dari A sampai Z. Dulu tengok lain,sekarang lain. Kenduri kawen tok sah cakap. Mase ni la nak raye + kawen.. I wish brides and bridegrooms get happiness in their lives..=p

Rayer kedua sampai la hari ini, rumah aku sentiasa open. Takde la istilah open house yang orang duk sibuk canang-canangkan. We are always welcoming you all..Yang ni la pics yang sempat photographer tak bertauliah sempat ambik..SudI-sudikan la yer.....


Aboh luv Mama


Hafiz

rumah Tok De

rumah Mok
anok Mok belake
rumah Tok Ma

pilih yang berkenan

rumah Pok Dolloh


pengantin baru

Hafiz & Nona


rumah Che Melor

raye kedua

me & mom

 family Che Nor


rumah jiran sebelah
 
sedara sebelah Mama

sedara sebelah Aboh

anak sape ni???

Nona & her friend

 raye keempat

 rumah Tok Su

 banyaknye hantaran

 cantiknye pelamin

nape kosong satu???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...