Tuesday, January 10, 2012

Welcome 2012, Goodbye 2011

Assalamualaikum

Selamat tahun baru 2012. Lambat la ko wish. Dah masuk 1/3 januari daa. Ok, takpe, no a big deal, at lis dapat wish before terlambat kan. Banyak sangat kenangan 2011 yang tak dapat aku lupakan. Pahit, manis, masam, masin semua tu aku lalui dengan penuh semangat dan tabah biarpun kadang-kadang tersungkur di tengah jalan. Amboi, ayat. Rasenya masa spm dulu takde la berbunga puitis macam ni.

Tahun ni genaplah umur aku 23 tahun. Dah matang nampaknya. Harap matang la. Tak keanak-anakkan, tak kebudak-budakkan lagi. Tahun ni juga, insyaallah, aku akan menamatkan pengajian sarjana muda sains dengan kepujian (teknologi kimia industri) selama 4 tahun. Doakan kejayaanku. And this is my last semester for studying before having internship at UDPS SDN BHD, kemamam, teganu kite for one semester begins on 20/2/2012 until 23/6/2012.

Tahun ni juga, first time tak balik teganu masa CNY sebab nak siapkan semua kerja before tamatkan semester ni. Ye la, biasanya cuti cny means cuti mid sem. But, kali ni perubahan tarikh semester telah ditetapkan bagi seluruh ipta di malaysia, the new semester will begin on september and  march. Nak jumpe members sekolah dulu.

"masa kecik-kecik dulu, abah selalu cakap, kalau angin kuat macam ni, makneya tahun baru cina dah nak dekat. naga nak turun dari langi. TAK PASTI betul atau tidak, mungkin hanya kepercayaan kaum cina sahaja. YANG PASTI, bila rasa angin, aku teringatkan abah"

Semester akhir bagi tahun 2011 di sini amatlah sibuk bagi aku sebab dalam tempoh tersebut nak siapkan tesis, preparation untuk viva voce, assignments, personal and group presentations, labwork thesis, do correction for thesis, pening sebab fikirkan nak intership mane, etc.

Sekarang ni pun aku tengah final exam, 2 more papers to go ( industrial chemistry, 16/1 and food processing tech., 19/1 ) include industrial chemistry test in this friday. After final exam, my friends and i still have to submit report and present about problem based learning (PBL) for industrial chem. and also do some thesis correction for publishing.

Alhamdulillah, berkat kesabaran diri ini, sokongan yang tak putus-putus dari famili dan sahabat-sahabat, pertolongan dari DIA, buatkan aku berjaya tempuh sebahagian itu dengan jayanya. The rest harap dipermudahkan olehnya. AMIN.




FCW : Skit lagi nak balik.

Wednesday, December 7, 2011

Trip to PD & Malacca

Assalamualaikum

Kalau JANNAH dan ERMA dah tulis pasal entri kami pergi bercuti kat PD dan Melaka ikut version diorang, ni plak entri yang sama tapi version aku even gambar pun same. Credit to ERMA for excellent, gorgeous pics.

DATE : 2 DEC 2012

Kalau ikut plan asal, lepas kelas industrial chemistry pukul 10 pagi, terus gerak ke PD. Bila awal-awal dah tahu kelas cancel, ape lagi kami. Cadangan yang mengejut, planning last minute and the result, memang KAWKAWKAW punye la.

Dah sampai PD, ingatkan boleh main banana boat terus. Tapi bila tengok ombak lebih dari ombak rindu, we are waiting for a while. Tunggu tengah hari skit, biar reda skit. Unfortunately, we are missed this golden opportunity sebab dah ade boat yang tarik banana boat jatuh. Konklusinya, memang tak selamat dan tak boleh for the whole that day. Takpe, before LI, kita pergi lagi k. And we decided to take a short trip to Malacca as plan B. 



Even ombak kuat tapi still ade yang gagah untuk mandi di tengah laut. Yang tak fahamnya, budak kecil pun ade.



Singgah sebentar di rumah mak long Athirah aka nenek Nabil di Melaka. On de way sampai, nampak Pusat Penapisan Petroleum, bakal tempat industrial training Athirah dan Farah. 



Mak Long yang sempoi dan sporting. Thanks ya.



Sampai je kat sana, photo session begins. Semua tempat nak snap. Susah nak datang kat sini dengan KAWAN-KAWAN. Why not we grab it, right???



Model Air Asia mungkin???



Semua nak masuk



Kincir air yang tersangat besar pernah dilihat. We are lucky because visit to Malacca like visit the whole Malaysia.


Bangunan merah yang berada di kaki bukit Kota A Famosa. Tak boleh nak percaya how come Malacca boleh jadi sefamous dunia pada zaman dahulu until now. But, believe it.



Semua pakai free hat. Asalnya lalu depan kedai jual hat sambil mata duduk jeling-jeling and the seller cakap, "nak ambik gambar ke?". Mesti la nak kan. Terima kasih. Sama-sama, sama-sama, sama-sama.



Malam tu, lepas semua solat, we decided to ride Malacca River Cruise. RM 10 per person for an adult. Seriously, memang cantik sangat the views from the cruise. Terpegun dengan lukisan mural di setiap dinding bangunan. Macam hidup ko.



My lovely friends



Lepas 2 round pusing Sungai Melaka. Berbaloi-baloi



Then, we moved to the car park and lalu depan Menara Taming Sari. Memang nampak macam UFO pun ade. Boleh view the whole Malacca from the sky view. On the time la pic. ni.



Kalau datang Melaka, tak singgah makan ikan bakar memang tak lengkap la korang punya trip. Dinner kami mestilah main menu ikan bakar bercili plus sotong celup tepung, lala masak merah, kangkung goreng belacan, kailan bawang putih and air sirap limau. Perghhhhhhhh.



Puas hati makan ikan bakar di Restoran Muara Sungai Duyong.




Bila kenyang, ngantuk la. Aku la paling awal denatured. HAHAHA.. Thank you Dzilal and Farah as drivers. Mantop la mata korang. Aku tak boleh tahan mata kalau drive malam-malam ni. Excuse untuk orang yang pakai spek power tinggi..;)

Before balik Nilai, hantar Iera balik rumah neneknya di Melaka. Macam singgah R&R sebentar before gerak balik. Sampai rumah pukul 1 pagi. 

TQVM to all for the sweet memories.

Family Day IChemTech

Assalamualaikum

TARIKH: 25-27 NOV 2011
TEMPAT : IMPIAN COUNTRY RESORT, HULU LANGAT

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Haa, tetiba je kluar peribahasa ni. Alhamdulillah, family day untuk warga IChemTech berjaya dilaksanakan dengan terkumpulnya 4 batch yang sedia ada. Kira first time dan terakhir untuk batch aku as paling senior kan.

Mana yang tak kenal, tak pernah nampak kat kampus, tak pernah tahu pun dia ni wujud, selisih pun jalan straight je, tak bersentuh bahu pun. Kat sini la orang kenal dia rupanya. ingatkan first or second year, rupenya fourth year dah..amekaw. ;)

Lebih kurang pukul 5.30 petang bergerak dari kolej kediaman dengan 3 buah bas sidek canopy. Sepatutnya kurang sejam dah sampai. jem punya pasal, dekat-dekat maghrib, kami sampai. Apa yang best tempat ni sebab ni la tempat lokasi drama JUVANA. Ingat Botak, Daim tak???

FIRST DAY:




Sesi ice breaking di dewan impian mengikut kumpulan A,B, C sampai N. Sepatutnya malam tu ade night walk, tapi disebabkan hujan petang tu, trek pun licin, dipostponekan pada malam esoknya.


SECOND DAY:


Biggest Loser aka senaman pagi pada hari kedua. Diketuai oleh azziq, 2nd year. Habis semua lemak tepu, tulang berkarat kena buang. Regangan sebelum obstacles dan junggle trekking.





Pilih pasangan masing-masing. Temukan kaki dan tarik tangan pasangan. Sakit sebab lama tak servis. Haku pulak terpinga-pinga sebab takde kapel.










Pagi tu, lepas je breakfast bihun, ade obstacles. Dah macam plkn dah rasenya. Panjat tembok, panjat bukit guna tali, mengensot atas titi. 



Muka kepenatan selepas obstacles dengan baju dan seluar comot dengan tanah yang basah.




Lepas tu, ade Virtual Fighters. Perang secara fizikal la orang kata. Lebih kurang macam  main goreng pisang. Setiap group akan kenakan dekat group lain like this:

Group A nyanyi:

AA BOM, AA BOM, AA BOM TO KK BOM

Group K akan balas dengan sebut name group yang diorang nak. Kat sini la nak susun strategi group mane yang nak dikenakan. Sape kalah kena baling air which everyone ade satu bungkus air.



Group haku, K, awal-awal dah kalah. Tak sempat nak lari, dah basah tudung belakang.



Yang tak tahannya, dah habis air, sanggup guys pergi ambil baldi yang berisi air nak kenakan orang. 
Macam ni la jadinya.
...
...
....
...
....




Puas hati den!!!


Sebelah petang plak, siap-siap untuk berjungle trekking. Tengok tu siap bawak tuala good morning lagi ko. Farah siap dengan payung daun aka topi minangkabau.





Last trek, jumpe sungai. Ape lagi, terjun la kawan-kawan. Paling seronok, sebab aku dah pandai terapung even paling lambat sekali pick up tips-tips terapung. Time kasih Cikgu Muna, Farah dan Atul.








Semua aktiviti habis awal disebabkan petang tu kan nak baca yassin sekali dengan doa akhir dan awal tahun. SALAM MAAL HIJRAH 1433.
Semoga kita menjadi insan yang lebik baik dengan melakukan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.
AMIN..

Ade sedikit slot agama bersama mufti-mufti kita, Syeikh Syahir, Ustaz Imran dan Akhi Farabi.



Malam tu, diberi pilihan sesiapa yang nak night walk. Sebab ustaz yang ketuai nanti dah bagitahu pantang larang sepanjang night walk. Most of the girls tak ikut sebab penat petang tadi tak habis lagi, takut pun ade. Aku mane boleh tak miss aktiviti macam gini sebab aku percaya Allah sentiasa di sisi kita. Yakin pada DIA.



Yang takjubnya sebab dapat tengok kulit kayu yang bercahaya. Look like golds. Mahal tu. Merata-merata. Nampak kelip-kelip bercahaya.



For those who yang tak join night walk, ade LDK.


LAST DAY:


Last aktiviti ialah explorace. ade 14 klu kena dapatkan. Klunye mestilah yang berkaitan dengan drama juvana. So, sape-sape yang ingat citer tu, memang cepat habis la. Group aku sorang je ingat. So, ade 2 klu yang tak dapat dicari sebab ade group yang terambik klu group lain.



Ok, takpe. Organiser kate tak jumpe takpe sebab boleh mandi sungai lepas tu.
Mandi la ko sampai puas. 



Sesi photography sebelah petang. Majoriti pakai baju korporat. 



Nilah 1st batch aka final year students haku. Tinggal tak sampai dua bulan lagi sebelum kami pergi LI. Then, grad, pastu, keje or sambung study, kawen, lagi, lagi, lagi..



Thank you semua yang memeriahkan family day ni.

Thank you for the sweet memories..;)

FCW: Credit to erma, athirah, azziq and haziq for pics.

Tuesday, October 18, 2011

Done It!!!

Assalamualaikum

Dah berhabuk blog ni. Buke-buke je nampak entry same je. Dah jadi final year student, kurang la sikit nak update blog. FB buka tutup buka tutup tengok notifications. Tu pun kalau ade. Hari ni, diberi kesempatan, masa yang terluang untuk tulis entri baru sebab aku dah siap labwork thesis even banyak cabaran dan dugaan sepanjang labwork. Salah timbang, salah titrate, kena queue nak gune instrument, macam-macam la. Tapi semua tu buatkan aku untuk lebih bersemangat, lebih berhati-hati especially when handled and exposed to hazardous, volatile chemicals.

Bila dah siap labwork ni, at lis boleh fokus on writting. Sem ni pun ambik tiga subjek. 1 wajib, 2 elektif either teknologi oleo & petrokimia or teknologi pemprosesan makanan and reaktor design or teknologi enzyme. Aku pilih teknologi pemprosesan makanan sebab makanan ni sumber asas manusia. Boleh tahu apa kandungan dalam makanan kita. Bukan makan semata-mata. Isu halal haram pun ada kaitan bila dah tahu how that kind of food is processing. Satu lagi, aku pilih enzyme technology sebab thesis aku berkaitan dengan enzyme. Yang paling aku tak sangka, mostly enzyme ni datang dari swine. Besides, most part of them can be used, apply to human. Blood transfusion and organ transplantation pun boleh dari species ni. Yang bezakan human between them are their nose and one amino acid. Others, are the same. Sebab tu la, kalo kita accident di oversea, tak mustahil dapat darah, organ swine ni. So, kat sane tak kecoh la pasal isu tak cukup darah macam our country where majority of us are Muslims.

So, tak nak tulis panjang-panjang. Kita tengok gambar jom..


Bench close to exit door


Apparatus used


Control and enzymes samples


Filtered enzymes


Solution of ethanol : acetone with 1:1


Shake them in waterbath


Buffer solutions for pH calibration


Autotitrator


Chemist-to-be


FCW : Reward to myself.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...