
Sempena 1 Ramadhan pada hari ini, ingin aku ucapkan salam ramadhan untuk semua umat Islam di seluruh dunia yang menjalani ibadah puasa. Berdasarkan laporan Utusan Malaysia hari ini (22/08/09), kebanyakan umat Islam mula menyambut Ramadhan pada hari ini, termasuklah di negara-negara di Asia Barat. Bagi sesetengah negara seperti Lebanon, mereka mula berpuasa semalam berdasarkan perkiraan astronomi. Cakap-cakap pasal bulan Ramadhan ini, pasti di kalangan kita ternanti-nanti kedatangannya setiap tahun. Ada di antara kita yang mengisi kekosongan masa mereka dengan melakukan ibadah seperti bertadarus Al-Quran, bersedekah kepada fakir miskin dan menunaikan solat terawih di surau atau masjid yang berdekatan. Namun, ada pula yang sudah terbayang-bayangkan menu juadah untuk berbuka puasa nanti. Ayam percik, air tebu, kuih-muih.

Mulai dari hari ini, bermulalah episod baru bagi kalangan peniaga Bazar Ramadhan. Waktu ini mereka tak menang tangan nak melayan para pembeli yang pelbagai kerenahnya. " Bang, cincau special bungkus satu.", " akak, lambat lagi ke nak masak ayam ni? dah nak masuk waktu berbuke ni"..Itulah di antara dialog-dialog yang sempat dirakamkan. Time bebuka puasa nanti, mesti dah tak sabar nak melahap ape yang ada di depan mata korang. Makan, makan jugak tapi jangan dilupa dengan dimulai doa berbuka puasa and makan manisan dahulu seperti kurma. Pastu, nak makan ape-ape pun boleh la. Bila dah perut kenyang ni, memang malas la nak pergi solat terawih. Boleh dikatakan masa ni la senang nk tengok surau/masjid penuh dengan umat Islam..Masa lain harap seperti waktu ini juga.
Tengah-tengah khusyuk solat ni kan, ada sahaja siaran gangguan yang tergendala di mana suara anak kecil menangis, budak-budak ribena yang sibuk dengan mercun rayanya dan ada juga yang berdiskusi sesama mereka tentang persiapan raya nanti. Hai,nama pun budak-budak. Tapi jika dididik, pasti mereka turut serta dalam menunaikan ibadah yang mulia ini. Moreh tetap moreh sesudah terawih..Isi semula tenaga yang kehilangan 20% sebelum ini. Isotonik macam Revive, 100 Plus pun boleh membantu.
Begitulah rutin harian dalam bulan Ramadhan ini. Solat terawih, moreh, bazar ramadhan. Maka, kita sebagai umat islam sama-samalah memanfaatkan ramadhan al -mubarak ini dengan segala amalan-amalan kebaikan kerana belum tentu kedatangannya dapat dirasai pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment