Friday, November 27, 2009

sUaSaNA rAyE haJi

Hari ini lepas je sembahyang raye, cepat-cepat kiteorang pergi rumah Tok. Ape lagi tengok orang sembelih lembu la. Macam biasa keluarga aku buat reban ni tapi kalau tahun lepas belakang rumah je. Tahun ni, tak sempat nak booking. So, dapat la kat rumah Tok.

Kali ni lembu putih siap ada bonggol lagi. Kacukan dari India rasanya. Turn kiteorang yang kedua sebab ada seekor lagi lembu. Before tunggu, apa lagi makan-makan la dulu. Mee goreng, karipap, kuih and air teh. SEDAPPPPP....Part nak sembelih ni, ramai yang kena pegang lembu ni. Pusing kiri kanan. Nasib tak terlepas. Siap ikat kaki dengan tali lagi.

Nak tunggu melapah daging lama sangat. So, kiteorang pun pergi ziarah kubur Toki sebelah Aboh. Lepas tu, pergi rumah Mok. Dapat makan lagi. Laksa Terengganu, nasi kapit, karipap and air teh. Murah betul rezeki raya haji kali ni.

Habis semua bahagian lembu dilapah. Lidah, gear box, katihnya, perut dan macam-macam lagi organ dalaman. Sesiapa yang suke part ni, memang berbaloi. Aku dan Nona je yang tinggal untuk tunggu daging. Yang lain dah balik. Lagipun Aboh nak pergi solat jumaat.

Dah siap isi daging dalam baldi, dua biji kek datang. Aku ape lagi. Buat muka lapar la.hehehehe....Cik Ani pun siap ajak lagi makan nasi. Lauk daging pun dah siap. Tak pe la.

Balik rumah, Mama sibuk potong kecil-kecil daging nak bagi kat orang. Kali ni turn Nona pula. Aku dah letih. Tidur la jawabnya.

Mama panggil aku untuk pergi rumah Tok Cik baca Yassin. Ada majlis cukur kepala cucu dia. Kelam-kabut juga dengan baru tidurnya. Lepas solat Asar, kiteorang pergi tapi majlis start pukul 6 plak. Patah balik. Pergi sekali dengan Aboh except Emi yang tengah kerja masa tu.

Rumah Pok Tar ade juga kenduri tapi pergi lewat sikit. Perut dah lapar sangat. Macam orang pelarian je kiteorang makan. huhuhu.....Rumah Tok Cik pun best juga coz dua-dua ada sambal belacan. My favourite tu.

Kesimpulanya, memang hari  ni hari paling best coz dapat makan je keje ak ni. Janji HEPI...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...