Pagi-pagi lagi aku bangun awal untuk pergi SUFA main bola baling wakil FST. Breakfast pun sekadar roti marjerin dua keping dekat rumah. Dekat kedai Arieqal pula, nasi lemak sepinggan. Nasib tak sakit perut.
Cuaca pagi nampak macam nak hujan. Awan hitam berkumpul di sebelah sana. Macam SUFA tak jadi. Kiteorang teruskan juga pergi ke court.
Ramai yang turun kali ni untuk mewakili fakulti masing-masing. Setiap fakulti dah ada baju jersi masing-masing. Hari ini game bola baling, netball and boling. Boling dekat jaya jusco, seremban 2.
Team bola baling FST terdiri daripada aku, K.Izzah, Nurul, Fatin, Hannah, Along and senior pula K.Kal, K.Yana, K.Ain dan K.Fana. Along dan K.Fana dipinjamkan dari team netball memandangkan diorang adalah orang kuat bola baling. Aku, K.Izzah dan Hannah dipertanggungjawabkan untuk menjadi defender seterusnya automatically waller (WALL).
First game, FST vs FSU. 4-2. Second game dengan FPBU, 6-2. Dua games ni je yang sebelah pagi before we took a break untiL 2.30 pm. Aku balik rumah Along, rehat, tidur, makan dan solat.
Sebelah petang pula, first game FST vs FPQS, 13-0. Dengan itu, kiteorang layak ke semi final yang mana dikira kalah mati. Kami bertemu dengan team FEM. Diorang bukan calang-calang lawan memandangkan players hebat semuanya. alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada kami dengan mata 3-2. Maka, layak ke pusingan final. Tempat penentuan johan dan naib johan.
Before final start, barulah Encik Azrin datang untuk memberikan sokongan kepada FST. FST bertemu FSU. Masing-masing cuba untuk menyumbatkan gol setelah seri 3 mata. Namun, kami akhirnya terpaksa berputih mata setelah pada minit terakhir game, FSU menjaringkan gol kemenangan.4-3.
Overallnya, aku sangat berpuas hati sepanjang hari coz tak sangka sampai ke final even malam sebelum tu, training pun ala kadar je. Setakat untuk tahu teknik dan strategi. Usaha kami akhirnya berbalas juga.
No comments:
Post a Comment