Monday, June 21, 2010

kawen part 3



 Sudah sahaja majlis di pihak perempuan, kini tibalah pula giliran majlis di pihak lelaki.. Majlis menyambut menantu..Warna tema ialah warna hijau..Kira-kira pukul 11.30 pagi, kami bertolak dari rumah menuju ke rumah mereka di Kg. Jeram Tepoh.Dekat dengan Manir. Kiranya on the way ke Kota Bharu..Setengah jam sampailah kami ke tempat yang dituju.


Dua hadiah hantaran dibawa sekali iaitu kuih jala emas disusun dengan kuih akok and buah anggur serta sepersalinan kain pelekat dan kain batik..


Acara bergambar takkan dilupakan dalam hal-hal sebegini..Orang kata buat kenangan di hari tua. Senang sikit nak tunjuk ke anak cucu..dok gitu???..Yang paling best sekali bagi aku lauk-pauk yang menanti untuk datang ke negeri Perut ini..hahahaha..Nasi putih, ayam goreng, sayur ubuk kelapa sawit, kerabu perut pedas, gulai daging, sambal belacan, bubur kacang and air sirap..Time lunch betul la kiteorang sampai..Aku meratah je kejenya..


Pihak perempuan makan di dalam rumah tapi my sisters dah siap duduk and makan sekali dengan pengantin..Amboi, dah lebih ni..Memang kiteorang dijamu sepuas-puasnya oleh tuan rumah..Dah jadi tok besan my dad and mom katakan..


Before balik, kiteorang salam dengan angah..Sedih je dia kena tinggalkan kami..Lagipun ramai lagi saudara-mara suaminya yang nak mengenal lebih dekat lagi isteri kesayangannya.

SELAMAT PENGANTIN BARU sekali lagi buat NURUL DAN HASAN..Doaku cepat-cepatlah dapat anak..Kawan-kawan aku ramai dah dapat anak buah..Angah, bila lagi?????


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...