Cuti semester semakin dekat pengakhirannya, tapi semakin malas aku nak berkemas. Rasanya baru semalam menjejakkan kaki ke rumahku. Kalau ikutkan hati, malas untuk berkemas apa yang patut. Malam ini kiranya malam terakhirlah di rumah.
Program di televisyen ditonton sepuas-puasnya sepanjang cuti ini. Ye la, dekat rumah sana mana ada seperti itu. Harapkan laptop yang dipenuhi dengan cerita- cerita lama yang kadang- kala membosankan hati. Nasiblah ada aktiviti hujung minggu yang kami selalu libatkan diri.
Balik nanti, masing- masing agaknya sudah bersedia untuk menunjukkan bakat memasak masing-masing. Giliran aku nanti, tak tahulah macam mana. Buku resepi yang baru dibeli sudah dikhatamkam beberapa kali. Tapi kalau tak practise, tiada maknanya. Kalau ikut pemerhatian sepanjang mama masak, bolehlah sikit-sikit. Sedap atau tidak itu, kita letak perkara kedua.
Setakat ini, semua barang keperluan yang aku rasakan diperlukan dalam masa terdekat sudah dibeli. Orang kata, taklah kelam-kabut sangat kalau tetiba tiada ubat gigi sebelum pergi ke kelas. Memanglah boleh minta dekat roomates tapi sampai bila nak minta. Segan juga saya ini. Kerepok keping pun dah beli untuk Izzah dan sedikit souvenirs untuk kawan-kawan. Hadiah dari adik pengantin baru.
Bila aku dah balik Nilai nanti, tinggallah mereka berempat bermaharajalela di rumah ini. Kembali kepada asal. Anak-anak dah besar panjang. Masing-masing bawa haluan sendiri. Terfikir juga macam manalah bila aboh dan mama tinggal berdua nanti dalam rumah pusaka. Kata mereka. Raya nanti, riuhlah rumah kita.
Tidak ada salahnya jika diri ini ingin mengucapkan SELAMAT DATANG SEMESTER BARU.
SELAMAT TINGGAL SEMESTER LAMA.
No comments:
Post a Comment