Saturday, January 1, 2011

Tahun baru 2011

Assalamualaikum

Tarikh yang cantik, tahun yang baru untuk memulakan kehidupan yang baru dengan pengalaman yang baru. Azam baru, pemikiran baru, perangai baru dan semua baru la.

Alhamdullillah. Hari ni cuaca amat baik sekali. Seolah-olah memahami kehendak dan perasaan  tahun baru. Selamat tinggal tahun lama 2010 yang tentu sekali memberi seribu pengalaman, kehidupan dan suasana yang tentu sekali ada suka dan duka. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga setiap detik di masa lalu memberi kita pengajaran, petunjuk dan tauladan untuk menjadi lebih baik dari semalam.

Aku tentu sekali ingin menjadi WAN NOR FARAHIYAH BINTI WAN MOHD NOR yang :

berjaya mengawal emosi dan perasaan
tidak terburu-buru membuat keputusan
sentiasa berfikiran positif
sedaya upaya menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan
menjalani kehidupan sempurna bersama orang-orang tersayang
sentiasa bercita-cita tinggi
sentiasa bermuhasabah diri

Semoga apa yang aku inginkan untuk tahun baru ini tercapai dengan jayanya. Sekiranya tidak, mungkin aku leka seketika sehinggakan ia terabai. Nauzubillahiminzalik.

FCW : Selamat pengantin baru kepada anak pengerusi JKKK. Sedap lauk tadi,,,=p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...