Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum



Salam maulidur rasul
salam selawat kepada junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W
kekasih Allah S.W.T

Kelahiran baginda membawa rahmat
ke sekalian alam
baginda penghulu segala rasul
penutup segal nabi

Kelahiran baginda membawa sinar bahagia
kepada manusia
yang selama ini tenggelam dengan kejahilan
dan bermusuhan sesama mereka
sehinggakan
yang kaya memeras yang miskin
yang gagah menindas yang lemah

Justeru
kelahiran Rasulullah sebagai utusan ALLAH
kepada umat manusia
merubah segala-galannya
kerana Islam itu indah

Marilah
kita mentaatinya
melaksanakan segala perintahNYA
meninggalkan segala laranganNYA

Mudah-mudahan
kita diberikan kejayaan
di dunia dan akhirat
dan juga
kita diberkati
dan dilindungi
oleh rahmatNYA

FCW : Jadikan Baginda sebagai ikon kita

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...