Assalamualaikum
Dalam bulan mei ni banyak sangat upacara-upacara penting yang harus kita semua ingat. Jadi banyak la ucapan yang nak diucapkan kepada insan-insan yang teristimewa. Sempena hari guru 16 Mei baru-baru ni, ucapan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di SKSS 1, SHAMS, pensyarah-pensyarah di USIM, cikgu-cikgu di AMN & IMGS(A), tenaga pengajar di semua kursus, program, ceramah dll yang pernah aku hadiri dan kepada mereka yang pernah mengajar aku walaupun satu perkataan termasuklah kawan-kawanku. Anda semua guruku yang terbaik dan sukar di cari ganti
Hari tu juga hari lahir kawan aku. SITI HUWAINA. Kenal sejak dari form one lagi sebab tinggal di asrama. Kiteorang budak asrama memang KAMCENG sangat-sangat. T______T
Boti, biarpun kite jarang jumpe, dok semestinya aku dok ingat kat mu. Mu sokmo dalam hati aku.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Setiap ahad minggu pertama bulan mei, kita akan menyambut hari ibu. Bagi aku, hari ibu adalah setiap hari. Bukan satu hari dalam setahun. Banyak pengorbanan ibu kepada kita. Antara kita sedar atau tidak sahaja. Yang penting, kita sebagai anak hendaklah mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu kita kerana salah satu bekalan akhirat ialah doa anak yang soleh kepada ibu bapanya.
Tak lupa juga kepada kaum bapa. Tanpa mereka, tidalah kita di dunia. Mungkin ayah tidak menunjukkan kasih sayangnya secara jelas kepada kita, tapi hakikatnya percayalah kasih mereka sukar ditandingi.
MAMA, SELAMAT HARI IBU
ABOH, SELAMAT HARI BAPA
Baru-baru ni, 13 mei selepas solat jumaat, ade majlis kesyukuran dan cukur rambut baby husna. Memang meriah sangat sebab buat gotong-royong dekat rumah aku sendiri. Nasi putih, gulai kawah ayam kampung, masak daging merah, ulam-ulaman, sambal belacan, ikan kering, timun cina, kuih gomok, muffin, bubur kacang and air siren.
Majlis ni sempena angah dapat kerja baru dan selepas baby husna sihat dari demam kuning. Aboh panggil kumpulan marhaban. Ingatkan golongan hawa tapi golongan adam. Semua orang sangat gembira. Aku suka sangat bila tengok orang makan apa yang kita bagi. Macam satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Korang ade tak rasa macam ni? >>_<<
FCW : Cuti sem yang penuh harapan dan impian
1 comment:
wah, meriahnya rumah mu...
Post a Comment