Assalamualaikum
Selamat hari raya. Maaf zahir batin semua. Macam mane raya korang semua? Dapat makan kuih raya yang korang terliur masa tengah buat tu?? Banyak dapat duit raya? Dapat banyak ke sikit dari dulu?hehehe..Korang mesti ade jawapannyakan.
Aku, raya kali ni lain sikit sebab dah ade ahli keluarga baru. Dari lapan 8 kepada 10 orang. Abang hassan and our cutest princess, husna. Untuk raya kali ni, kerepek berjaya mengatasi jumlahnya dari kuih raya yang mana 100% adalah buatan tunjuk-tunjuk sahaja. Semua pekerja sudah tua, tidak larat, tidak mampu untuk membuat kuih raya seperti zaman muda-muda dahulu.
Bab duit raya pula, semakin berkurang memandangkan muka dah makin matang sampai one of my cousin ingat aku dah keje. Ok, tak pe, hari raya bukan tujuan utama nak kumpul duit raya macam zaman budak-budak dahulu tapi yang paling penting untuk mengeratkan semula hubungan silaturahim sesama saudara-mara memandangkan dari form 1 sampai ke la ni, aku la yang paling jarang ada di rumah.
Macam biasa hari raya pertama, selepas je solat raya, terus bersiap-siap nak melawat saudara-mara. Lagi untung tahun ni sebab 1 syawal tahun ni jatuh pada hari selasa. Bukan hari jumaat. Kalau tak, list rumah yang akan disinggahi terpaksa dikurangkan untuk beri laluan kepada solat jumaat. Sampai ke petang beraya. Malam semua terbuntang. Nasib la takde yang datang.
Raya kedua, dah start untuk bertungkus-lumus menyiapkan apa yang patut sebab raya kedua sampai la habis raya, duduk rumah tunggu orang datang. Tapi raya kedua special skit sebab makanan masa ni la yang paling banyak. Dan paling aku suka, puding triffle aku dan mama buat habis licin. Sedap la tu. Terima kasih.
Raya ketiga keempat pun sama juga. Still ramai yang datang. Dan paling aku tak sabar nak tunggu raya enam (raya selepas puasa 6 hari di bulan syawal) hari selasa ni. Abah suruh aku teman dia pi jalan raya nanti. Aku pun tak sempat nak puasa lagi. Harap kita semua ni dipermudahkan untuk berpuasa enam hari di bulan syawal. InsyaAllah. Amin.
Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : "Barangsiap berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
1 comment:
wah wah wah farah. kuning baju raya taun ni! sama ngan furah. huhu.
hm, aku pun dok dapat duit raya doh. rezeki duit raya makin kurang. dok macam tahun lepas. nasib, nasib~
Post a Comment