Assalamualaikum
Selesai sudah kursus pra perkahwinan islam tengah hari tadi. Oh, jangan anggap yang aku pergi kursus kahwin sebab aku nak kahwin dalam masa terdekat. NO!NO!NO!. Just early preparation. Lagipun, RM 55 je. Kat luar sana, lagi mahal. Pergi dengan kawan-kawan lagi best dari pergi sorang-sorang nanti. Satu lagi, lepas ni, kursus kahwin akan ada ujian bertulis. Ala, macam exam.
Kursus ni adalah salah satu program di bawah anjuran FEM sempena ICEPS bulan september nanti. Penuh satu DKP 2. Around 300 peserta termasuk peserta luar. Penceramah dari JAKIM yang bertauliah. Ade 11 slot yang perlu diikuti dan WAJIB sign for the attendance untuk dapatkan sijil. Kalau tak, sia-sia sahaja korang pergi tapi tanpa sijil. Sijil ni valid untuk selama-lamanya. Tapi ilmu tetap dapat.
Antara modul-modul yang perlu dipelajari ialah :
akhlak
akidah
ibadah
hubungan dalam keluarga
komunikasi suami isteri
perkahwinan dan prosedur
pembubaran perkahwinan
pengurusan stres dan konflik
Teringat masa belajar pendidikan syariah dan islamiyyah masa form form 4 and form 5..=). Sepanjang dua hari ni, kiteorang enjoy je dengar ceramah dari ustaz-ustaz ni. Lawak je memanjang, so aku tak la mengantuk. OPSS!!! Jangan salah faham. Satu input baru aku dapat untuk bekalan dunia dan akhirat. Alhamdulillah. Dua minggu lagi, inshaallah dapatlah sijilnya.
perkahwinan itu ibarat bahtera di lautan
suami sebagai nakhoda
mengetuai segalanya
isteri sebagai pembantunya
melengkapkan lagi kehidupan
ombak, taufan itu cabaran dan dugaan
pahit, manis ditempuhi bersama
ya Allah,
jika aku ditakdirkan dengan dia
biarlah dia adalah sebaik-baik pilihanMU
kerna Engkau Maha Mengetahui
lagi Maha Menyayangi
Amin
:)
FCW : Tahniah kepada Munirah Mohd Rosali dan Ahmad Firdaus Fuzai. Semoga kekall bahagia.