Assalamualaikum
Secara jujur, ikhlas dari hati, sangat rindu waktu belajar. Rindu sama kawan-kawan, lecturer, juniors, seniors. Rindu suasana dalam kelas. 2 jam kelas rasa lama. Setengah jam pertama, mata masih segar. Setengah jam seterusnya, mata kejap tutup,kejap buka. Rasanya dah cukup 8 jam tidur ni. Sejam kedua dah tak dengar ape lecturer cakap kat depan. Kita sibuk cakap belakang. Buka story non-stop. Sedar-sedar dah habis masa. Most of us memang macam ni. Toksah dok nipu den la.
Berinternship ni memang lain dari belajar. Banyak sangat bezanya. Kalau belajar, satu hari kelas 4 - 6 jam je. Ade tu 1- 2 jam. Ade lagi, takde terus, tu yang aku suka sangat. Rehat sepuasnya biarpun assignment berlambak tengah tunggu turn. Tapi masa internship, masuk keje pukul 8.30 pagi. Balik plak pukul 6. Sibuk-sibuk buat kerja, dah rehat. Tup-tup dah balik.
Satu lagi, masa belajar, mostly jumpe yang sebaya umur. Mood pun study, masuk persatuan, kelab, sukan. Generally, semuanya sama dari segi pengalaman, kerja dan aktiviti. Tapi masa internship ni, ada pelbagai peringkat umur. Satu pengalaman yang baru sebab dari mereka banyak benda baru yang dipelajari berkaitan dengan organisasi. Cara kerja, pengurusan masa, disiplin. Bagaimana kita bekerja dibawah satu bumbung. One department support another department. So, masing-masing tak boleh nak pentingkan diri sendiri.
Sepanjang tempoh intenship ni, aku harap dapat kutip ilmu-ilmu baru yang mungkin tak pernah terfikir pun akan dapat. Bukan sahaja ilmu dunia bahkan ilmu akhirat. Semoga dipermudahkan urusanku. Amin.
FCW : Belajar dan terus belajar.
Sepanjang tempoh intenship ni, aku harap dapat kutip ilmu-ilmu baru yang mungkin tak pernah terfikir pun akan dapat. Bukan sahaja ilmu dunia bahkan ilmu akhirat. Semoga dipermudahkan urusanku. Amin.
FCW : Belajar dan terus belajar.




