Semalam masa dekat KLINIK HEP, sementara nak tunggu turn, aku ade la terbaca satu majalah keluaran KARANGKRAF, majalah NUR edisi OKTOBER 2008. Satu part dalam majalah tu, aku tak ingat bahagian mane, tapi tajuknya sangat menarik hati untuk dibaca. Bertajuk CANTIK TAK CUKUP...
Kisah benar. Ceritanya macam ni, ade la seorang wanita ni yang sangat mementingkan kecantikan diri. Semua nak cantik la dari pandangan mata orang ramai. Dia pun dah beranak empat. And orang ramai pun kadang-kadang tertukar yang mana satu anak, mana satu mak. Anak gadis wanita ini cantik juga macam mak dia. tapi bagi dia, dia lagi cantik dari anak-anknya sampaikan dia pun rasa tak puas hati.
Pelbagai cara dan method dia buat untuk mencantikkan diri. Lagipun, wanita ini seorang berkerjaya. Nanti ramai la yang puji. Berdandan pun lebih-lebih. Baju pun sampai ketat giler. Padahal ade suami kat rumah untuk ditunjukkan. Bukan di sini untuk mengutuk dia atau menghina dia lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, tapi tak eloklah cantik berlebih-lebihan untuk mendapatkan segala sanjungan dan pujian dari orang lain sedangkan suami di rumah rasa tersisih dan meluat dengan sikap si isteri. Cantik tak salah, malahan Islam sendiri sukakan kecantikan. Tapi biarlah berpada-pada.
Nak dijadikan cerita, satu hari, kawan wanita ini datanglah rumah dia. Memang terkejut sangat di saat menjejakkan langkah pertama. Dengan dapur yang macam tongkang pecah, bilik air yang ala-ala hotel decoration dah jadi macam tandas awam, ruang tamu yang bersepah. Lagi teruk, kereta wanita itu penuh dengan alat mekap, kasut, pakaian sehinggakan tiada ruang untuk bernafas seketika. NASIBLAH bilik kerja si suami kemas tersusun dan keretanya yang selesa untuk dinaiki.
Mesti korang dah terbayangkan kehidupan seharian wanita ini. Nak cantik punya hal sampai urusan keluarga sendiri pun terabai. kalau nak cerita lebih lanjutkan, nantikan kan masuk bab suami isteri. so, untuk level kite-kite, cukup sampai di sini.
Bagi aku, jawapan cantik tu ialah subjektif. Ade yang kate cantik itu sikap peribadi, cantik itu rupa paras, cantik itu percakapan. whatever the answers untuk cantik, mesti korang ade answernya kan. Kepada kaum hawa, anda semua tidak perlu gusar, resah dan rendah diri sekiranya anda tidak cantik dari rupa paras kerana ianya bukanlah hak milik kekal selamanya. Kalau dah pandai masak, kemas rumah, jaga tingkah laku, berpegang kepada tiang agama, belajar bersungguh-sungguh dan what so ever untuk capai impian anda, anda dah dikira bertuah dan CANTIK SEGALANYA..
1 comment:
betol2 cantik saje x cukup...kalau setakat nak cantik supaya org punyi lagi laaa teruk...huhu
Post a Comment