Hari ni aku nak kongsi pasal satu keratan akhbar BERITA HARIAN, 19/08/2010. Kebetulan, dapat paper free dekat PKP. Tajuknya lebih kurang macam ni "TAK PERLU TAHU HIDUP MATI SAYA". Ade seorang pakcik dari pusat perlindungan orang tua di salah sebuah negeri di utara Malaysia menceritakan detik-detik pilu bagaimana dia boleh berada di pusat tersebut.
Menurutnya, dia baru sahaja menjalani pembedahan penyakit jantung yang dialaminya beberapa minggu yang lepas. Sebaik sahaja selesai operation tersebut, anak lelakinya membawanya ke satu tempat dan ditinggalkan bersendirian di tepi jalan. Lalu, anaknya terus pergi tanpa berkata apa-apa. Sedih dalam hati Tuhan sahaja yang tahu bila anak sendiri sanggup melakukan perbuatan tersebut. sedangkan ketika kecil, dibelai, dipeluk, dicium anak tersebut sehinggakan seekor nyamuk pun ditempis takutnya kesan gigitannya ada. Dengan hati yang lara, pakcik ni pergi menumpang kasih di pusat ini.
Masalahnya berpunca apabila isteri anaknya tidak sanggup hidup bersama dengan ayah mertuanya sejak sekian lama. Si anak tidak mahu masalah besar bakal berlaku. Maka dia mengambil keputusan untuk melepaskan tanggungjawabnya di kala si ayah sedang sakit.
Macam tu lah kisahnya. Kalau korang tengok picture pakcik tu dalam paper, kesian sangat. Dah la kena dibuang anak. Lepas tu, siapa nak tanggung makan minum dia. Nasiblah negara kita masih lagi mempunyai badan-badan kebajikan sebegini. Mak, sayangilah kedua ibu bapa anda selagi mana mereka masih hidup dan hargailah mereka. Jasa mereka lagi BANYAK dari anda semua kalau nak dibandingkan. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, sedekahkanlah doa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN YA RABBAL ALAMIN...
2 comments:
Astagfirullah..
Yang tua ditinggal-tinggalkan,yang kecil(bayi)dibuang ke dalam tong sampah.
Apa nak jadi dengan manusia...inilah yang terjadi apabila nilai agama dan perikemanusiaan dilenyek
mmg skrg ni ,makin ramai org buang anak,tapi makin ramai jgak yg buang ibu bapa.sy penah dengar cerita sebenar kes spt ini dekat rumah kenangan seremban.mmg sedih.....
Post a Comment