Sunday, August 8, 2010

jaLaN-jALaN

Dua hari keluar jalan-jalan. Jumaat pergi UKM. Nak pinjam buku untuk research. Ingatkan senang nak pinjam. Nasib la ade FAHMI yang tolong pinjamkan. Dah plan nak pergi pesta konvo tapi semua tak jadi. Ade rumah hantu yang paling best tu.

Sabtunya pergi SOGO dan jalan TAR. Tak boleh masuk SOGO sebabnya 6-7 Ogos adalah hari member sales. So, sesiapa yang teringin masuk, sila tunjuk SOGO member card. And sesiapa yang ingin register, please queue up. Punyalah panjang sampai berbaris-baris. Member hanya boleh bawa 2 orang sahaja. yang lain, tertinggallah dekat luar je. SORRY YER.. KL pun dah jadi jem tart nenas.

Kecewa yang amat sangat sebab tujuan datang dari jauh sebab ni. We decided pergi jalan TAR je. Kedai kat sana ok je tapi orang lain mesti la nak high class like SOGO. Kedai REJECT SHOP pun kiteorang masuk sekali and pusing-pusing satu kompleks. Selendang, towel, ubat adalah yang diborong. Berbaloi la juga datang sini.

Dalam KTM penuh setiap coach. PINK COACH FOR LADIES ONLY. Ada yang tersesat. Dapat seat, terus tidur. Bangunnya, just dua station nak sampai. Kat Mydin Nilai, borong lagi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...