Friday, August 13, 2010

RamADhAN

Anak ketam belajar berjalan,
Matanya tinggakl digigit lipan,
Selamat datang bulan RAMADHAN,
Selamat tinggal hantu dan setan

Ahlan wasahlan, bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah dan mulia. Mesti korang biasa dapat mesej-mesej puasa ni kan. Inbox mesti full. Dapat satu mesej, pastu forward dekat member-member. Last-last dapat mesej yang sama..HAHAHA..

Hari ni dah masuk 3 Ramadhan 1431H bersamaan tiga hari berpuasa. Baru je dua malam solat terawih di Masjid Nilai. Hari first je dekat rumah sebab ade kelas Dr. Sukri. Jemaah sangatlah ramai sampai hujung masjid. Kiteorang bernasib baik dapat juga saf dalam masjid. Imam dan bilal mestilah student UIA.
Setakat ni juadah berbuka puasa hanya air tangan MAMA. Sahurnya bubur, roti bakar and kurma..Mata pun tak larat nak buka awal-awal pagi. Makan je la sekadar yang mampu. Bila nak berbuka tu, macam dah tak sabar-sabar. Tengok lauk semua sedap-sedap. Makannya sikit je. NAFSU la tu a.k.a rakan baik syaitan.

Memang lain bila puasa time takde kelas dengan puasa time ade kelas. Kelas sepanjang hari. So, tak la terasa sangat masa berlalu. Balik kelas petang, tunggu dua tiga jam, dah masuk waktu berbuka. Macam hari ni, masa lambat je bergerak. Slow motion betul. Cuaca pun redup. Baru je lepas hujan rahmat di pagi Jumaat.

Azam kali ni dapat sembahyang raya macam tahun lepas. Tapi, faham-faham je la kaum perempuan. HEHEHE..Kepada umat Islam di luar sana, selamat menjalani ibadah puasa, selamat bebuka puasa dan selamat menunaikan solat terawih. Moga-moga ibadah kita lebih diberkati. JAZAKALLAH..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...