Akhirnya, sampai juga aku dekat rumah ni. Dah lama ditinggalkan, lebih kurang dua bulan juga. Nasiblah tak banyak bende sangat nak kemas. Terima kasih kepada kawan-kawan saya, Iera, Ain dan Tirah. Yang tinggal rumput yang sangat panjang di depan dan belakang rumah.
Setakat ini, hanya aku, Dzil, Jannah dan Ain yang ada. The rest, paling lewat pun hari rabu. Iera test JPJ hari isnin. Izzah hari rabu. Tirah sampai pagi esok.
Barang- barang dapur pun dah banyak habis. Planta pun boleh berkulat. Masuk tong sampah je la jawabnya. Dah fikir-fikir barang ape nak beli dekat Giant esok. Bestlah sesiapa yang tinggal dekat Sutera Indah. Pergi Giant jalan kaki je. Tak payah fikir nak naik ape.
Bil air dan elektrik dah lama sampai. Ade la yang tertunggak. Lepas ni, cepat-cepatlah bayarnya.
Kitaorang dah dapat jiran baru. Students FEM. Rupa-rupanya, ex-schoolmate aku pun ade. Kecil je Bumi ni kan.