Sunday, September 5, 2010

Pulang Rumah

Alhamdulillah, sampai juga ak kat rumah lebih kurang pukul 8.15 pagi. Luar rumah tepi jalan tu banyak je taing-tiang bendera terengganu dan daerahnya digantung. KENAPA???

Rupa-rupanya, hari jumaat baru ni, kampung ak ade majlis berbuka puasa. Program polis dan komuniti. Berita Harian sebagai penganjur. Ade la menteri yang datang. Pastu, ade sikit pemberian hadiah kepada ibu tunggal. Aboh pun dapat sebagai AJK. Satu palstik beg. macam-macam ade. Biskut, air gas, kerepek.

Angah and his husband pun ade balik. Emi pn. So, ramai la dari biasa orang-orangnya. And the good new is my sister is pregnant early two month and her due date is 19/03/2010. Congarate to my parents coz we will call them ATOK and NENEK. 

Petang tu lepas solat zuhur, terus je pergi beli baju raya untuk aku dan my younger sister. Yang ni je la pompuan yang masih kanak-kanak lagi. Mak ayah still support kiteorang. HAKHAKHAK..=P. Banyak kedai masuk. Ade yang berkenan tapi saiz lak besor. Yang saiz ade, tak comey plak corak. Kamdar, Wason, Hari-Hari, BTM (baju tradisional melayu). Last sekali, naik ats stesen bas. Aku dah lenguh kaki. Rase nak balik je. Tengah-tengah jalan tu, jumpe gak baju. Baju kurung moden or jubah. Dua-dua cantik. Dua -dua kaler hijau. Ambil baju kurung with the same pattern with my sis tapi dia kaler oren and saiz kecik sikit dari dia..Aku tak besar-besar dah. Macam ni la.

Tunjuk kat Aboh and he said ok, nice. Petang jadi kelam kabut sekejap. Nak siap makanan untuk berbuka puasa. Dah shopping satu petang kan. Malam tu, solat terawih dekat masjid putih, sebelah istana maziah. Imam bace punya la panjang. Naik sereban (kebas) kaki aku. Moreh makan mi sup. Sedap coz lame dah tak makan.

Friday, September 3, 2010

Selamat Pulang

Hari terakhir di Nilai. Malam ni dh bertolak dr sutera indah coz dzilal nak park kereta kat situ. Bas pukul 9 malam. Aku, Dzil and Jannah macam biasa jadi orang yang terakhir tiap-tiap kali balik cuti sem. Kiteorang jugak yang paling awal sampai sini nanti. SURE, X TIPU, OK??

Izzah dan Ain baru je balik pagi tadi. Sempat hantar Izzah pergi KTM. Alang-alang nak pi submit assignment Nanotech and Honours Seminar Report. Rase kurang sikit bebanan nak tanggung lepas balik cuti ni. Pergi jumpa Dr. CT, borak-borak sikit, and before nak balik, dapat la duit raye..Dirahsiakn jumlahnya..HAHAHA..

Basuh baju, bilik air, sapu lantai, dan buat ape yang patut sebelum balik raya dua minggu ni. At least, tinggal rumah dalam keadaan bersih dan selamat.

Hari ni pun beli je nasi dan lauk dekat DE PEPPERS. Banyak kedai x buke. ADAM pun. Ramai orang mari serbu sampai kena tunggu nasi masak sekali lagi.
Chua tak datang lagi. Kalo tak juga, memang kena bank in duit tu..

TERENGGANU, i will come to you tonight.

Bunga api

Nak main sangat bunga api, kiteorang suruh Nabil, tolong belikan. Lepas je balik dari kelas thermodynamic, solat and rehat sekejap, kiteorang turun bawah nak main bunga api. Aku la rasenya yang paling hepi and excited giler. Ye la, kat umah mane la boleh main macam ni. Setakat mercun bawang putih tu je la. My father mane la bagi main. Tengok je la rumah jejiran sebelah main best. Dapat je peluang, ape lagi, rembat la. Balik rumah ni, aku nak suruh ABOH belikan and nak pasang pelita keliling rumah. Baru name nak raye kn??


cepat,cepat




macam budak-budak
ade gak pic Ain
bergabung semua
akhirnya, cantikkan???

Iftar sepanjang ramadhan

Sepanjang bulan pose ni kan, bnyk iftar yang sempat ak and kekawan dtg. Semestinya kelas dr.sukri ade iftar tiap2 minggu. Kiranya 3 kali la dlm buln pose ni. Dekat FPQS. Kiteorang bergilir-gilir membuat juadah untuk berbuka puasa mengikut rumah. Turn rumah aku masa kali kedua iftar. FST pn ade buat iftar dekat PK and yang second last iftar, dengan MB trgnu bersama-sama dengan anak-anak TERENGGANU di PWTC. Ni la pics yang sempat dimuat turunkan oleh my friends. Ape lagi, aku copy je la. Hehehehe....


sebelum berbuka

group 1 habis


PWTC


ramai giler org TERENGGANU


lauk paling best iftar


posing dulu, =p

Sunday, August 22, 2010

Apabila harta dipandang tinggi

Kali ni, aku nak cerita banyak pasal satu video di YouTube yang kalau korang nak tengok, search je APABILA HARTA DIPANDANG TINGGI. Actually, ade kawan kepada Izzah yang postkan dekat FB. So, dia nak tengok tapi tak boleh sebab takde Flash Player. So, dia suruh aku buka la.

Video ni tentang seorang jejaka yang telah meluahkan isi hati kepada deejay radio X.FM, DJ BROTHER LOVE mengenai tunangnya yang memandang tinggi terhadap harta dan meninggalkannya. DJ ni terus menghubungi awek jejaka ni untuk mendengarkan penjelasannya. Lebih kurang macam ni la :

......................................................................................................................................................................

DJ : Awak kenal siapa S****?
S   : Ye, dia tunang saya. Jual burger.
DJ : Betul ke awak tinggalkan dia untuk orang lain sebab awak pentingkan harta?
S   : of course. sekarang ni semua benda perlukan wang dan I kena fikirkan masa depan I. Setakat jual
       burger, takkan kaya sampai bila-bila..
DJ  : Tapi dia dah cakap nak berubah untuk majukan perniagaan dia.
S    : Memanglah tapi dari dulu macam ni. Takde pun hasilnya.
DJ  : Habis tu, macam mane awak boleh bertunang dengan dia kalau dah tahu dia hanya jual burger?
S    : Haloo, dia yang nak sangat dengan saya.
DJ  : Jadi, awak tak kisah la kalau tinggalkan dia.
S    : Tak, saya dapat laki yang lebih kaya, baik, handsome. Tak macam dia.
 
......................................................................................................................................................................


Adalah dalam 5 minit video ni. Nampak sangat awek ni memang memandang rendah kepada jejaka ni sehinggakan sanggup nak putus tunang. Lepas tu, nak compare dengan apa yang telah dibuat oleh jejaka ni selama diaorang couple dengan lelaki yang disanjung-sanjung sangat tu.  Jejaka ni dah cuba untuk berbaik-baik dengan aweknya sampai merayu-rayu. Akhirnya jejaka ni pasrah dengan ketentuan Illahi. DJ ni dah bagi nasihat dekat jejaka ni.

First sekali, aku tak nak jadi a bias person. Just nak bagi pendapat la. Apa yang aku nak buat kesimpulan dekat sini, memang lah kalu kita nak cari pasangan, 4 kriteria yang perlu kita consider berdasarkan perspektif Islam ialah harta, rupa paras, pekerjaan dan agama. Tapi tak bermaksud sesiapa yang tidak memenuhi ciri-ciri tersebut, tak dipilih. Kalau jadi sebaliknya, OKU, miskin harta, kurang cantik dan belum cukup lagi ilmu agama di dada tiada tempatlah di hati mereka yang betul-betul mementingkan ciri-ciri ini. Tidak boleh berganjak dari keputusan mereka. MUKTAMAD.

Satu lagi pasal awek ni, kalau dah tahu latar belakang jejaka ni, tak payah la nak teruskan hubungan kalian. Sekurang-kurangnya, tak lah merana sangat jejaka ni bila putus. Awek ni janganlah sekadar untuk mempermainkan jejaka ini untuk kepuasan  diri sendiri. Baru sekarang nak fikir masa depan. Habis tu, kenapa dari dulu lagi tidak berfikir tentangnya.

Ni bukan game lawan mati. Ade winner and loser. Kalau dengar video ni, banyak sokong jejaka ni tapi tak bermakna dia menang. Sepatutnya, jejaka ini selidiki betul-betul watak dalam diri awek ni. Kalau dah terang lagi bersuluh memang awek ni pentingkan harta, tak payah tunggu lama-lama. Cari sahaja yang lain. Yang lebih memahami diri tersebut dan paling penting menerima kelebihan dan kekurangan anda dengan seadanya.

Ade betul juga sebahagian kata-kata awek tadi yang telah memikirkan masa depannya. tapi, seharusnya dia tidak memperlekehkan nasib orang yang sebegitu eventhough dia memang nak tujukan kepada jejaka tersebut. Dia harus sedar yang bukan jejaka ini sahaja yang jual burger, berpendapatan rendah bahkan ade ramai lagi yang di luar sana sama seperti jejaka ini.

Yang geramnya, komen-komen yang dipostkan untuk video ni, ade yang bagus dan ade juga yang kureng baik. Tak payahlah nak komen kalau dah berunsurkan negative. Mestilah tak puas hati bila baca komen-komen tersebut. Bukan nak bagi nasihat dekat jejaka ni and orang di luar sana pun. Sepatutnya support la dia and ambil ikhtibar dari ape yang dah berlaku dekat orang lain.

Kalau kita fikir lagi mendalam, sebenarnya kita sesama manusia saling memerlukan dalam menjalani kehidupan di dunia ni. Aku bagi simple example la. Nak tak korang masuk tandas yang kotor dan berbau? Kalau masuk pun sebab dah tak tahan sangat. Last-last makcik cleaner juga yang bersihkan tandas sampai terpencik bahan buangan korang dekat baju mereka. Satu lagi contoh, korang boleh tak study di dewan kuliah yang serba sejuk lagi beku kalau takde tenaga buruh yang melakukan semua ini? of course, architects yang buat designs, lakaran but the MAJOR PART ARE INVOLVED ARE THEM? are you agree with me?

So, renung-renungkan..
HAPPY FASTING...v(^_^)v

Thursday, August 19, 2010

PaKcik

Hari ni aku nak kongsi pasal satu keratan akhbar BERITA HARIAN, 19/08/2010. Kebetulan, dapat paper free dekat PKP. Tajuknya lebih kurang macam ni  "TAK PERLU TAHU HIDUP MATI SAYA". Ade seorang pakcik dari pusat perlindungan orang tua di salah sebuah negeri di utara Malaysia menceritakan detik-detik pilu bagaimana dia boleh berada di pusat tersebut.

Menurutnya, dia baru sahaja menjalani pembedahan penyakit jantung yang dialaminya beberapa minggu yang lepas. Sebaik sahaja selesai operation tersebut, anak lelakinya membawanya ke satu tempat dan ditinggalkan bersendirian di tepi jalan. Lalu, anaknya terus pergi tanpa berkata apa-apa. Sedih dalam hati Tuhan sahaja yang tahu bila anak sendiri sanggup melakukan perbuatan tersebut. sedangkan ketika kecil, dibelai, dipeluk, dicium anak tersebut sehinggakan seekor nyamuk pun ditempis takutnya kesan gigitannya ada. Dengan hati yang lara, pakcik ni pergi menumpang kasih di pusat ini.

Masalahnya berpunca apabila isteri anaknya tidak sanggup hidup bersama dengan ayah mertuanya sejak sekian lama. Si anak tidak mahu masalah besar bakal berlaku. Maka dia mengambil keputusan untuk melepaskan tanggungjawabnya di kala si ayah sedang sakit.

Macam tu lah kisahnya. Kalau korang tengok picture pakcik tu dalam paper, kesian sangat. Dah la kena dibuang anak. Lepas tu, siapa nak tanggung makan minum dia. Nasiblah negara kita masih lagi mempunyai badan-badan kebajikan sebegini. Mak, sayangilah kedua ibu bapa anda selagi mana mereka masih hidup dan hargailah mereka. Jasa mereka lagi BANYAK dari anda semua kalau nak dibandingkan. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, sedekahkanlah doa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Wednesday, August 18, 2010

cAnTik Tak CUkup

Semalam masa dekat KLINIK HEP, sementara nak tunggu turn, aku ade la terbaca satu majalah keluaran KARANGKRAF, majalah NUR edisi OKTOBER 2008. Satu part dalam majalah tu, aku tak ingat bahagian mane, tapi tajuknya sangat menarik hati untuk dibaca. Bertajuk CANTIK TAK CUKUP...

Kisah benar. Ceritanya macam ni, ade la seorang wanita ni yang sangat mementingkan kecantikan diri. Semua nak cantik la dari pandangan mata orang ramai. Dia pun dah beranak empat. And orang ramai pun kadang-kadang tertukar yang mana satu anak, mana satu mak. Anak gadis wanita ini cantik juga macam mak dia. tapi bagi dia, dia lagi cantik dari anak-anknya sampaikan dia pun rasa tak puas hati.

Pelbagai cara dan method dia buat untuk mencantikkan diri. Lagipun, wanita  ini seorang berkerjaya. Nanti ramai la yang puji. Berdandan pun lebih-lebih. Baju pun sampai ketat giler. Padahal ade suami kat rumah untuk ditunjukkan. Bukan di sini untuk mengutuk dia atau menghina dia lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, tapi tak eloklah cantik berlebih-lebihan untuk mendapatkan segala sanjungan dan pujian dari orang lain sedangkan suami di rumah rasa tersisih dan meluat dengan sikap si isteri. Cantik tak salah, malahan Islam sendiri sukakan kecantikan. Tapi biarlah berpada-pada.

Nak dijadikan cerita, satu hari, kawan wanita ini datanglah rumah dia. Memang terkejut sangat di saat menjejakkan langkah pertama. Dengan dapur yang macam tongkang pecah, bilik air yang ala-ala hotel decoration dah jadi macam tandas awam, ruang tamu yang bersepah. Lagi teruk, kereta wanita itu penuh dengan alat mekap, kasut, pakaian sehinggakan tiada ruang untuk bernafas seketika. NASIBLAH bilik kerja si suami kemas tersusun dan keretanya yang selesa untuk dinaiki.

Mesti korang dah terbayangkan kehidupan seharian wanita ini. Nak cantik punya hal sampai urusan keluarga sendiri pun terabai. kalau nak cerita lebih lanjutkan, nantikan kan masuk bab suami isteri. so, untuk level kite-kite, cukup sampai di sini.

Bagi aku, jawapan cantik tu ialah subjektif. Ade yang kate cantik itu sikap peribadi, cantik itu rupa paras, cantik itu percakapan. whatever the answers untuk cantik, mesti korang ade answernya kan. Kepada kaum hawa, anda semua tidak perlu gusar, resah dan rendah diri sekiranya anda tidak cantik dari rupa paras kerana ianya bukanlah hak milik kekal selamanya. Kalau dah pandai masak, kemas rumah, jaga tingkah laku, berpegang kepada tiang agama, belajar bersungguh-sungguh dan what so ever untuk capai impian anda, anda dah dikira bertuah dan CANTIK SEGALANYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...