"Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari,
mulut dan hatiku bersatu berzikir mengingat Ilahi,
jiwaku terisi dengan munajat di malam hari,
diri ini ku abdikan buat Pencipta langit dan bumi,
moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni"
Sabtu baru ni, 3 sept. 2011, salah seorang geng aku dah sah menjadi tunang orang. Tahniah Nilam dan Akram. Semoga cepat-cepat kawen, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. Haish.. aku dah start nyanyi dengan tangan kiri kanan dah berayun ni. Akram ni orang sabah bah. So, nanti best la Nilam boleh naik flight je. Ke situ plak jelesnya farah.
sama cantik, sama padan kann
Rasa sekejap je masa berlalu. Dari awal-awal masuk form one kenal, muka masing-masing nerd, skema. Tudung pun ade lagi yang senget, bulat ikut muka. Spek mata yang menambahkan lagi (yang tu aku la), last-last semua dah jadi satu geng asrama yang orang mostly kenal la. Kami bukan budak jahat tapi nakal skit je.hehehe..
ni tak cukup lagi awok-awok kite
Mase ni la nak kumpul semua awok-awok kite. Raya ni je la. Setahun sekali. Kali ni, kira, waa dan aisyah yang takde. Takpe, lain kali kite jumpe lagi yer. Masa lain, semua dah busy dengan komitmen study, kerja. Riuh dengan cerita-cerita, gosip-gosip panas dan meletup. Aku paling suka bila mimoh bagi duit raya kat kiteorang. Ye la, wanita bekerjaya kata kan. Jangan marah yer. Pape pun terima kasih.
hantaran pihak perempuan
Buat Nilam, aku tahu Akram ni jenis baik, bertanggungjawab dan menghormati orang. Tengok muka dah tahu. Eceh, pandai plak aku tilik orang yer.
ambik berkat..hahaha
Kepada Nilam dan Akram (macam diorang bace saat ini, LOL)
Alam bertunang ni banyak dugaan dan cabarannya
Mesti jaga hati dan perasaan memasing
Kena terima kekurangan dan kelebihan memasing
Mesti jujur, terus-terang biarpun pahit di luarnya
DAN
PALING PENTING
JUST BE THE WAY YOU ARE
FCW: Ketupat sotong yang berlemak dan ikan siakap yang besar, memang best.
TQVM Nilam sekeluarga.
Selamat hari raya. Maaf zahir batin semua. Macam mane raya korang semua? Dapat makan kuih raya yang korang terliur masa tengah buat tu?? Banyak dapat duit raya? Dapat banyak ke sikit dari dulu?hehehe..Korang mesti ade jawapannyakan.
Aku, raya kali ni lain sikit sebab dah ade ahli keluarga baru. Dari lapan 8 kepada 10 orang. Abang hassan and our cutest princess, husna. Untuk raya kali ni, kerepek berjaya mengatasi jumlahnya dari kuih raya yang mana 100% adalah buatan tunjuk-tunjuk sahaja. Semua pekerja sudah tua, tidak larat, tidak mampu untuk membuat kuih raya seperti zaman muda-muda dahulu.
Bab duit raya pula, semakin berkurang memandangkan muka dah makin matang sampai one of my cousin ingat aku dah keje. Ok, tak pe, hari raya bukan tujuan utama nak kumpul duit raya macam zaman budak-budak dahulu tapi yang paling penting untuk mengeratkan semula hubungan silaturahim sesama saudara-mara memandangkan dari form 1 sampai ke la ni, aku la yang paling jarang ada di rumah.
Macam biasa hari raya pertama, selepas je solat raya, terus bersiap-siap nak melawat saudara-mara. Lagi untung tahun ni sebab 1 syawal tahun ni jatuh pada hari selasa. Bukan hari jumaat. Kalau tak, list rumah yang akan disinggahi terpaksa dikurangkan untuk beri laluan kepada solat jumaat. Sampai ke petang beraya. Malam semua terbuntang. Nasib la takde yang datang.
Raya kedua, dah start untuk bertungkus-lumus menyiapkan apa yang patut sebab raya kedua sampai la habis raya, duduk rumah tunggu orang datang. Tapi raya kedua special skit sebab makanan masa ni la yang paling banyak. Dan paling aku suka, puding triffle aku dan mama buat habis licin. Sedap la tu. Terima kasih.
Raya ketiga keempat pun sama juga. Still ramai yang datang. Dan paling aku tak sabar nak tunggu raya enam (raya selepas puasa 6 hari di bulan syawal) hari selasa ni. Abah suruh aku teman dia pi jalan raya nanti. Aku pun tak sempat nak puasa lagi. Harap kita semua ni dipermudahkan untuk berpuasa enam hari di bulan syawal. InsyaAllah. Amin.
Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : "Barangsiap berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
Rasenya belum terlewat lagi untuk aku nak ucapakan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat seantero dunia biarpun hari ni dah masuk 7 Ramadhan. Semoga bulan yang penuh barakah ni, dapatlah kita sama-sama mengambil peluang yang ada untuk memperbanyakkan amalan-amalan kita yang mungkin pada bulan lain jarang-jarang, kadang-kadang, sekali-sekali kita lakukan. Semoga dipermudahkan urusan kita. Insyaallah.
Bulan puasa ni bukan setakat kita menahan lapar dan dahaga, bahkan yang paling penting, yang paling kita sendiri sering terlupa ialah menjaga semua pancaindera dan anggota tubuh badan kita dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa apatah lagi mengurangkan pahala puasa. Cewaaaaah, dah macam ustazah bagi tazkirah. Tak pe, kita sesama muslim mesti saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Tak gitu?
Di kesempatan ini, (serius macam nak tulis kad raya je), aku nak ucapkan selamat berbuka puasa, selamat menunaikan solat terawih, selamat bersahur dan paling utama sekali selamat mencari malam lailatul qadar iaitu 10 malam terakhir..XD
FCW : Currently, i watch this vlog by AmanWan (Aaron Aziz versi tembam).
Since i had not made an entry for three weeks because of involving in MYSA 2011 for three days as committee member in technical and special tasks, through this entry, i will share you something interesting about it.
MYSA 2011 actually stands for Malaysian Young Scientist Assembly 2011 is a programme organized by Faculty of Science and Technology USIM in collaboration with Ministry of Higher Education (MOHE), Academy Science Malaysia (ASM) and Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM). This assembly is to unite all the science students who come from different fields in public universities to provide a platform for knowledege exchange among young scientists. Started on 4th July until 6th July 2011, this programme was being held in FPQS USIM and Bangi Equatorial Hotel.
On the first day, around noon until 6 pm, all the participants, 130 of them are being registered in Acacia Avenue Resident College (KKAA). Most of them come from UTeM, IIUM, UTM, USM, UniSZA, UMT, UMP, UNIMAP,UPM, UKM, UPNM and USIM itself. Then, on that night, after had their dinner and maghrib player, ice-breaking session was done. There was ten group. Each group consisted of 12 to 13 persons. Each group was conducted by one fasilitator. Next, they have to create a group's name and the reasons why it is chosen. The judge on that night was Dr Mohd Hafez Mohd Isa. Everyone had gave their best effort to deliver their best presentation. One of the presenter, Liyana Nadiah Anwar was the best speaker as told by others. It was ended with supper at 11 PM.
On the second day, it started with a talk by Professor Dato' Dr Sheikh Omar Abdul Rahman entitled Prospect of Scientist Profession. He was very energetic in delivering his speech. He familiar with PAK SHEIKH. His childhood story made us to be a strong person, neglect others said to make you down and take your path, dream. Because of it, now he become a successful person. Then, after the refreshment, the scientific bazaar was done. There was seven rooms which one speaker or mentor in different field inside there. Each participant can choose which room they want to enter, sit and ask the questions according to their interest. At evening, the participants and mentors were brought to ride cruise in putrajaya lake. They were exchanged their opinions and thought during the cruise ride.
The most important event in this programme was the launching ceremony and gala dinner of MYSA 2011 at that night. The colour theme was black and red. Its totally look elegant and luxurious. The gimmick was awesome. Video presentations were published while we were enjoyed the chinese food styles dishes. The winners of lucky draw had received bagpack of MYSA 2011.
On third day, it continued with the second session by Prof Dr Mohd Basyarudin Abd Rahman entitled How to Explore Your Self-Potential. It was the second time for me to listen to his speech after IChemTech Seminar. While being waiting for his coming, there was group photography session. The hall looked red in color. Each group was so excited to get in amazing scientist race after the speech. I was the person in charge in checkpoint 9 at center of graduate studies. The task was to solve the questions about postgraduate studies in USIM. The other checkpoint was in library, canselory, FST, PK, MPG, pavillion and FPQS where YAM or ASM is the mandatory checkpoint to take it.
At 3.00 PM, the race ended and they were having their short break before the closing ceremony. The winner for this programme included the marks from presentation, explorace, bonus and penalty was the group 5. Well done to all of you. Finally, there was a closing video about the whole programme. Credit to ERMA FATIHA for your video editing. That evening, everyone was sad and looked gloomy since that day was the last day. Some of them are took autograph, pictures for their sweet memories.
Now, i'm gonna miss MYSA 2011 where here, i got a lot of experiences, friends and mostly gorgeous commitee members.
THANK YOU VERY MUCH TO ALL OF YOU.
credit pictures to HAFIZ ABU BAKAR, NUR NOUR, BEN ASYRAF AND FAZRULLAH INNSAN
Hari ni ialah hari pertama kami, aku dan jannah rahman buat lab work thesis. Seperti yang sedia maklum, kami ni under supervision Dr Salina Mat Radzi. Awal-awal dah keluar rumah. Awal dari biasa. Dr sampai dulu dari kami. Kami jalan kaki je. Dr naik kereta. LOL
Mula-mula Dr ajar dan tunjukkan macam mana nak buat dan lepas tu, buat sendiri. Kalau tak faham, kami terus je call or mesej Dr. Dr Salina ni baik dan sporting. Bila dah lama tak masuk lab, memang kekok rasenya. Nak buat calculation pun ingat-ingat lupa. Dan hari ni just nak test je buat sample. Syukur, yang aku menjadi. So, Dr kata you keep going on others ..v(^_^)v
Experiment jannah memang ambil masa lama. Ade yang 4 jam, ade sampai 13 jam kena letak reaction mixture dalam horizontal waterbath shaker. Yang aku pula paling cepat 5 minit dan paling lama 4 jam. So, kami kena arrange solution mana yang kena buat dulu bagi menjimatkan masa biar cepat habis. Paling penting boleh balik rumah secepat yang mungkin. Nak raya dekat rumah.
Kaki pun dah start nak melecet sampai aku sanggup beli kasut baru yang selesa untuk sementara waktu. Kasut lama macam mana boleh kecut pun aku tak tahu. Tujuannya untuk masuk lab je. Nak kasut mahal, cantik, lain hari mahu fikir. Tapi best juga buat thesis ni, rasa macam pro sangat sebab selama ni lab assistant yang bantu. Ni dah besar panjang semua kena handle sendiri.
Pape pun, aku harap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Tapi manusia hanya boleh merancang, ALLAH yang menentukan segalanya.
Alhamdulillah, kerja aku di sini sudah selesai. Boleh balik nilai dengan hati yang senang dan gembira. Semua housemates aku dah balik. Tinggal aku sorang sahaja yang belum balik. Diaorang kata aku ni berahsia sangat. Ok, aku minta maaf semuanya. Aku akan explain ape sebenarnya kerja yang aku buat di sini sampai nak berahsia sangat dengan korang.
Sebenarnya, dalam masa cuti semester ni, aku dalam preparation untuk test jpj. Dan hari ni untuk kali yang keberapa, tak boleh cakap, LOL!!! aku dah lulus dengan jayanya. Dah naik muak cikgu and tester jpj tengok muka aku kat sekolah. Muka ni je. Yup, memang aku lambat dari korang tapi aku tanamkan dalam hati ini yang aku akan dapat juga biarpun lambat. Kalau makcik-makcik kat luar sana boleh bawak, kenape kamu student tak boleh???Nona pun dah dapat tiga minggu lepas.
Kenapa lambat sangat buat? Kenapa tak buat lepas spm je?Bukan tak nak buat, tapi lepas spm, kena pi plkn. Baru je rehat, masuk tamhidi. Sebab lain mungkin takut itu masih ada.
Ape yang aku dapat sepanjang proses ni, aku baru tahu apa itu erti kegagalan. Mungkin selama ini, aku selalu dapat apa yang aku nak. Minta itu dapat. Minta ini dapat. Dulu, aku takut sangat bila tengok muka jpj. Dah la garang, tak senyum langsung, serius plak tu. Lama-lama, aku dah jadi lali, biasa tengok muka diorang. Cikgu kata, diorang saja ja buat muka macam tu tapi hati baik. Janji kamu buat betul-betul, ikut arahan dan terbaik. Insyaallah, kamu akan dapat juga. Masa yang menentukan segalanya. Cepat atau lambat je.
Aku tidak mengharapkan apa-apa reward dari sesiapa. Yang aku nak sangat aku dapat lesen P. Dan aku tak sangka sangat, abah nak hantar aku balik nilai naik flight jumaat ni. Emi pun ikut sekali, nak tengok USIM macam mane. Dan aku boleh start lab work thesis with my partner, jannah tanpa gundah-gelana.
Terima kasih abah, mama, cikgu, jpj dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak. Jasa anda amat sangat dihargai.
Ape khabor semua? Harap semuanya sihat walafiat la kan. Bila tengok status dan komen di fb, majoriti semuanya bekerja as part timer. Bagus sangat-sangat. Sape yang tak nak cari duit lebih. Kalau nak bayar duit sewa rumah, bil air dan elektrik, kira ringan la sikit beban di kepala. Kalau ade lebih sikit tu, bagi reward to yourself such as beli baju baru ke, shawl baru ke or ape-ape yang korang suke.
Aku? Kat rumah buat ape? Bila nak balik nilai semula? Ramai benor yang tanye aku buat ape. Jawapan senang dan same aku bagi kat diorang ialah macam-macam aku buat, kemas rumah, siram pokok, sapu lantai dan sewaktu dengannya. Please, don't say, rajinnyer dia..LOL. Kerja MYSA pun tengah nak siapkan. Aku ni merangkap assistant ayah aku la. Emi keje part time, nona baru je masuk uitm, mama, angah and abang hassan keje, hafiz sekolah. So, yang tinggal cume aku. Aku follow je ke mana ayah aku pergi. Aku nak balik nilai bila kerja aku dah siap kat sini. ASAP. Keje ape tu? Dah sampai masa i will tell you the truth.