Wednesday, August 18, 2010

GiGI SAya

Semata-mata untuk mendapatkan gigi yang cantik dan bersih, aku, Athirah dan Ain sanggup mendaki bukit HEP untuk mendapatkan rawatan pergigian secara percuma. Nasiblah kiteorang dah buat appointment. So, tak payah lah nak tunggu lama. Kena isi borang dulu, macam kad report gigi untuk rujukan kami bersamalah. Dah masuk tiga tahun di USIM, baru nak pergi check gigi.
First patient antara kami ialah aku. Rasa macam biasa je sebab aku pn dah pernah buat scaling sebelum ni. Cuci gigi. Tapi before tu, dr. dah tanya ade ape-ape masalah kesihatan. ALHAMDULLILAH.,takde. Aku suruh dr. checkkan sekali lagi pasal ketampalan di gigi. Rasenya macam dah tercabut.

Dr. cakap,"kamu ni banyak masalah. karang gigi". kite buat satu persatu dulu, OK??". Buat je la ape yang patut Dr. Azrina Ali. Saya terima dengan hati yang terbuka. cewah..Yang aku terkejutnya siap kena pakai google while dr pakai penutup muka. Ala-ala macam orang kerja buat besi panas. Selama ni pergi dental, just pakai napkin and dr. pakai penutup mulut. HEHEHEHE...

Adelah lebih kurang setengah jam. And after dah siap scaling, dr tunjuk cara-cara nak berus gigi dengan betul. Dari sekolah rendah, semua tu dah diajar. Hari pertama,kedua ingatlah..Lepas tu, hentam je berus. Macam ambil syarat berus gigi. Patut la gigi aku jadi camni. And dia suggest suruh pakai flos at least sekali sehari. Bila dah ade karang gigi, gusi kita jadi tak kuat, berdarah and lame-lame boleh luntur gigi. Kan kena pakai gigi palsu. Sebagai rawatan susulan, aku kena pergi jumpe sekali lagi minggu depan, Khamis, 26/8/10.

Lepas turn aku, Ain dan lastly Athirah. Ain sekejap je. Dia pun kena datang dua minggu dari sekarang untuk  nak tengok gusi berdarah or tak. While Athirah buat tampalan. Kiteorang dah skip kelas Dr. Salina. Nasiblah ade surat pelepasan. Gigi pun rase lain je sebab selama ni dah terbiasa dengan gigi yang ade plak.. Memang la nampak elok je dari luar, tapi dalam yang problemnya.

So, kepada anda semua, jagalah gigi anda dengan sebaik mungkiin Amalkn cara memberus gigidengan betul. Pastikan 45 darjah semasa memberus di bahagian dalam gigi. Bila gigi sihat, mulut bersih, ramai orang suka.

Friday, August 13, 2010

RamADhAN

Anak ketam belajar berjalan,
Matanya tinggakl digigit lipan,
Selamat datang bulan RAMADHAN,
Selamat tinggal hantu dan setan

Ahlan wasahlan, bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah dan mulia. Mesti korang biasa dapat mesej-mesej puasa ni kan. Inbox mesti full. Dapat satu mesej, pastu forward dekat member-member. Last-last dapat mesej yang sama..HAHAHA..

Hari ni dah masuk 3 Ramadhan 1431H bersamaan tiga hari berpuasa. Baru je dua malam solat terawih di Masjid Nilai. Hari first je dekat rumah sebab ade kelas Dr. Sukri. Jemaah sangatlah ramai sampai hujung masjid. Kiteorang bernasib baik dapat juga saf dalam masjid. Imam dan bilal mestilah student UIA.
Setakat ni juadah berbuka puasa hanya air tangan MAMA. Sahurnya bubur, roti bakar and kurma..Mata pun tak larat nak buka awal-awal pagi. Makan je la sekadar yang mampu. Bila nak berbuka tu, macam dah tak sabar-sabar. Tengok lauk semua sedap-sedap. Makannya sikit je. NAFSU la tu a.k.a rakan baik syaitan.

Memang lain bila puasa time takde kelas dengan puasa time ade kelas. Kelas sepanjang hari. So, tak la terasa sangat masa berlalu. Balik kelas petang, tunggu dua tiga jam, dah masuk waktu berbuka. Macam hari ni, masa lambat je bergerak. Slow motion betul. Cuaca pun redup. Baru je lepas hujan rahmat di pagi Jumaat.

Azam kali ni dapat sembahyang raya macam tahun lepas. Tapi, faham-faham je la kaum perempuan. HEHEHE..Kepada umat Islam di luar sana, selamat menjalani ibadah puasa, selamat bebuka puasa dan selamat menunaikan solat terawih. Moga-moga ibadah kita lebih diberkati. JAZAKALLAH..

Sunday, August 8, 2010

jaLaN-jALaN

Dua hari keluar jalan-jalan. Jumaat pergi UKM. Nak pinjam buku untuk research. Ingatkan senang nak pinjam. Nasib la ade FAHMI yang tolong pinjamkan. Dah plan nak pergi pesta konvo tapi semua tak jadi. Ade rumah hantu yang paling best tu.

Sabtunya pergi SOGO dan jalan TAR. Tak boleh masuk SOGO sebabnya 6-7 Ogos adalah hari member sales. So, sesiapa yang teringin masuk, sila tunjuk SOGO member card. And sesiapa yang ingin register, please queue up. Punyalah panjang sampai berbaris-baris. Member hanya boleh bawa 2 orang sahaja. yang lain, tertinggallah dekat luar je. SORRY YER.. KL pun dah jadi jem tart nenas.

Kecewa yang amat sangat sebab tujuan datang dari jauh sebab ni. We decided pergi jalan TAR je. Kedai kat sana ok je tapi orang lain mesti la nak high class like SOGO. Kedai REJECT SHOP pun kiteorang masuk sekali and pusing-pusing satu kompleks. Selendang, towel, ubat adalah yang diborong. Berbaloi la juga datang sini.

Dalam KTM penuh setiap coach. PINK COACH FOR LADIES ONLY. Ada yang tersesat. Dapat seat, terus tidur. Bangunnya, just dua station nak sampai. Kat Mydin Nilai, borong lagi..

Wednesday, July 14, 2010

MiNgGu Ni

Kuliah dah start macam biasa tapi mood cuti tu still ade. Rasenya nak tidur je lebih. Dalam kelas menguap je. Asyik tengok jam je aku ni. Pensyarah bagus and baik tapi diri sendiri yang tak bagus.

First class just course introduction. Sambung sikit bab 1. Buku - buku banyak yang disuggestkan oleh lecturers. Depends atas students nak beli or tak or sharing together with other friends. Better beli, senang sikit nak refer terus. Tak payah fikir banyak kali.

Orang kata allowance dah masuk. Tapi aku tak check lagi. Yuran pengajian, sewa rumah, buku, barang- barang dapur. Semua tu kena rancang betul- betul.

Jualan dekat dataran memang selalu ade. Yang paling untung dan bertuah semestinya students perempuan. Memang dari dulu dan tidak dapat dinafikan. Nasiblah diri sendiri tak gelojoh.

Sunday, July 11, 2010

PT 5651

Akhirnya, sampai juga aku dekat rumah ni. Dah lama ditinggalkan, lebih kurang dua bulan juga. Nasiblah tak banyak bende sangat nak kemas. Terima kasih kepada kawan-kawan saya, Iera, Ain dan Tirah. Yang tinggal rumput yang sangat panjang di depan dan belakang rumah.

Setakat ini, hanya aku, Dzil, Jannah dan Ain yang ada. The rest, paling lewat pun hari rabu. Iera test JPJ hari isnin. Izzah hari rabu. Tirah sampai pagi esok.

Barang- barang dapur pun dah banyak habis. Planta pun boleh berkulat. Masuk tong sampah je la jawabnya. Dah fikir-fikir barang ape nak beli dekat Giant esok. Bestlah sesiapa yang tinggal dekat Sutera Indah. Pergi Giant jalan kaki je. Tak payah fikir nak naik ape.

Bil air dan elektrik dah lama sampai. Ade la yang tertunggak. Lepas ni, cepat-cepatlah bayarnya.

Kitaorang dah dapat jiran baru. Students FEM. Rupa-rupanya, ex-schoolmate aku pun ade. Kecil je Bumi ni kan.

Friday, July 9, 2010

KatA peTAnG

Cuti semester semakin dekat pengakhirannya, tapi semakin malas aku nak berkemas. Rasanya baru semalam menjejakkan kaki ke rumahku. Kalau ikutkan hati, malas untuk berkemas apa yang patut. Malam ini kiranya malam terakhirlah di rumah.

Program di televisyen ditonton sepuas-puasnya sepanjang cuti ini. Ye la, dekat rumah sana mana ada seperti itu. Harapkan laptop yang dipenuhi dengan cerita- cerita lama yang kadang- kala membosankan hati. Nasiblah ada aktiviti hujung minggu yang kami selalu libatkan diri.

Balik nanti, masing- masing agaknya sudah bersedia untuk menunjukkan bakat memasak masing-masing. Giliran aku nanti, tak tahulah macam mana. Buku resepi yang baru dibeli sudah dikhatamkam beberapa kali. Tapi kalau tak practise, tiada maknanya. Kalau ikut pemerhatian sepanjang mama masak, bolehlah sikit-sikit. Sedap atau tidak itu, kita letak perkara kedua.

Setakat ini, semua barang keperluan yang aku rasakan diperlukan dalam masa terdekat sudah dibeli. Orang kata, taklah kelam-kabut sangat kalau tetiba tiada ubat gigi sebelum pergi ke kelas. Memanglah boleh minta dekat roomates tapi sampai bila nak minta. Segan juga saya ini. Kerepok keping pun dah beli untuk Izzah dan sedikit souvenirs untuk kawan-kawan. Hadiah dari adik pengantin baru.

Bila aku dah balik Nilai nanti, tinggallah mereka berempat bermaharajalela di rumah ini. Kembali kepada asal. Anak-anak dah besar panjang. Masing-masing bawa haluan sendiri. Terfikir juga macam manalah bila aboh dan mama tinggal berdua nanti dalam rumah pusaka. Kata mereka. Raya nanti, riuhlah rumah kita.

Tidak ada salahnya jika diri ini ingin mengucapkan SELAMAT DATANG SEMESTER BARU.
SELAMAT TINGGAL SEMESTER LAMA.

Thursday, July 8, 2010

SeM 5

I had just registered course for this up- coming semester yesterday. There are seven subjects that I need to be more focused. Research Metadology, Principle of Bussiness Management, Termodinamic Chemistry, Principle of Chemical Technology, Nanotechnology, Halaqah Studies, Metal and Alloy and Honours Seminar.

Gratefully, there is no four credits hours subjects. Mostly three hours credits. The rest are two and only one subjects which is one credit hour. But, pity for us, there is still night class on Tuesday from 6 to 7 PM and will be continued 8 to 10 PM. Of course, the part time lecturer will be taken part and I think I can guess who is he. Not suprising to me if he is Dr.Sukri again. I promise to myself that I will get best result on his paper. Better than last semester.

Until this moment, there is no tutorial classes and laboratory practicals. Usually, in week three of the semester, my timetable will be more compact because of these. My classmates are wondering themself if Dr. Nik still or not lecturing us for other chemistry subjects for this semester. I know the reason why. Guys, think about it, k?

The subjects are more to our programme. We still can play but reduced as we must be more concentrate to them. Does not mean that we must be more "serious". The word serious should be patterned to me only as my friends always said "You take everything seriously".

Prof Paimah, I guess, she will be teaching us in Research Metadology. I had seen her students' tasks. Maybe she will teach another faculty students, not FST students. We will see soon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...