Kali ni, aku nak cerita banyak pasal satu video di YouTube yang kalau korang nak tengok, search je APABILA HARTA DIPANDANG TINGGI. Actually, ade kawan kepada Izzah yang postkan dekat FB. So, dia nak tengok tapi tak boleh sebab takde Flash Player. So, dia suruh aku buka la.
Video ni tentang seorang jejaka yang telah meluahkan isi hati kepada deejay radio X.FM, DJ BROTHER LOVE mengenai tunangnya yang memandang tinggi terhadap harta dan meninggalkannya. DJ ni terus menghubungi awek jejaka ni untuk mendengarkan penjelasannya. Lebih kurang macam ni la :
......................................................................................................................................................................
DJ : Awak kenal siapa S****?
S : Ye, dia tunang saya. Jual burger.
DJ : Betul ke awak tinggalkan dia untuk orang lain sebab awak pentingkan harta?
S : of course. sekarang ni semua benda perlukan wang dan I kena fikirkan masa depan I. Setakat jual
burger, takkan kaya sampai bila-bila..
DJ : Tapi dia dah cakap nak berubah untuk majukan perniagaan dia.
S : Memanglah tapi dari dulu macam ni. Takde pun hasilnya.
DJ : Habis tu, macam mane awak boleh bertunang dengan dia kalau dah tahu dia hanya jual burger?
S : Haloo, dia yang nak sangat dengan saya.
DJ : Jadi, awak tak kisah la kalau tinggalkan dia.
S : Tak, saya dapat laki yang lebih kaya, baik, handsome. Tak macam dia.
......................................................................................................................................................................
Adalah dalam 5 minit video ni. Nampak sangat awek ni memang memandang rendah kepada jejaka ni sehinggakan sanggup nak putus tunang. Lepas tu, nak compare dengan apa yang telah dibuat oleh jejaka ni selama diaorang couple dengan lelaki yang disanjung-sanjung sangat tu. Jejaka ni dah cuba untuk berbaik-baik dengan aweknya sampai merayu-rayu. Akhirnya jejaka ni pasrah dengan ketentuan Illahi. DJ ni dah bagi nasihat dekat jejaka ni.
First sekali, aku tak nak jadi a bias person. Just nak bagi pendapat la. Apa yang aku nak buat kesimpulan dekat sini, memang lah kalu kita nak cari pasangan, 4 kriteria yang perlu kita consider berdasarkan perspektif Islam ialah harta, rupa paras, pekerjaan dan agama. Tapi tak bermaksud sesiapa yang tidak memenuhi ciri-ciri tersebut, tak dipilih. Kalau jadi sebaliknya, OKU, miskin harta, kurang cantik dan belum cukup lagi ilmu agama di dada tiada tempatlah di hati mereka yang betul-betul mementingkan ciri-ciri ini. Tidak boleh berganjak dari keputusan mereka. MUKTAMAD.
Satu lagi pasal awek ni, kalau dah tahu latar belakang jejaka ni, tak payah la nak teruskan hubungan kalian. Sekurang-kurangnya, tak lah merana sangat jejaka ni bila putus. Awek ni janganlah sekadar untuk mempermainkan jejaka ini untuk kepuasan diri sendiri. Baru sekarang nak fikir masa depan. Habis tu, kenapa dari dulu lagi tidak berfikir tentangnya.
Ni bukan game lawan mati. Ade winner and loser. Kalau dengar video ni, banyak sokong jejaka ni tapi tak bermakna dia menang. Sepatutnya, jejaka ini selidiki betul-betul watak dalam diri awek ni. Kalau dah terang lagi bersuluh memang awek ni pentingkan harta, tak payah tunggu lama-lama. Cari sahaja yang lain. Yang lebih memahami diri tersebut dan paling penting menerima kelebihan dan kekurangan anda dengan seadanya.
Ade betul juga sebahagian kata-kata awek tadi yang telah memikirkan masa depannya. tapi, seharusnya dia tidak memperlekehkan nasib orang yang sebegitu eventhough dia memang nak tujukan kepada jejaka tersebut. Dia harus sedar yang bukan jejaka ini sahaja yang jual burger, berpendapatan rendah bahkan ade ramai lagi yang di luar sana sama seperti jejaka ini.
Yang geramnya, komen-komen yang dipostkan untuk video ni, ade yang bagus dan ade juga yang kureng baik. Tak payahlah nak komen kalau dah berunsurkan negative. Mestilah tak puas hati bila baca komen-komen tersebut. Bukan nak bagi nasihat dekat jejaka ni and orang di luar sana pun. Sepatutnya support la dia and ambil ikhtibar dari ape yang dah berlaku dekat orang lain.
Yang geramnya, komen-komen yang dipostkan untuk video ni, ade yang bagus dan ade juga yang kureng baik. Tak payahlah nak komen kalau dah berunsurkan negative. Mestilah tak puas hati bila baca komen-komen tersebut. Bukan nak bagi nasihat dekat jejaka ni and orang di luar sana pun. Sepatutnya support la dia and ambil ikhtibar dari ape yang dah berlaku dekat orang lain.
Kalau kita fikir lagi mendalam, sebenarnya kita sesama manusia saling memerlukan dalam menjalani kehidupan di dunia ni. Aku bagi simple example la. Nak tak korang masuk tandas yang kotor dan berbau? Kalau masuk pun sebab dah tak tahan sangat. Last-last makcik cleaner juga yang bersihkan tandas sampai terpencik bahan buangan korang dekat baju mereka. Satu lagi contoh, korang boleh tak study di dewan kuliah yang serba sejuk lagi beku kalau takde tenaga buruh yang melakukan semua ini? of course, architects yang buat designs, lakaran but the MAJOR PART ARE INVOLVED ARE THEM? are you agree with me?
So, renung-renungkan..
HAPPY FASTING...v(^_^)v